7 Jenis Keperibadian Buruk Isteri

akhlak rasulullah

akhlak_mulia_by_aymanz-d3hqnqd

Keperibadian dalam bahasa Arab disebut as-syakhshiyyah, berasal dari kata syakhshun, ertinya, orang atau seseorang atau peribadi. Keperibadian  juga boleh dimaksudkan dengan identiti seseorang (haqiiqatus syakhsh). Syekh Taqiyuddin An Nabhani dalam As Syakhshiyyah Al Islamiyyah jilid I halaman 5, menyatakan bahawa keperibadian atau syakhshiyyah seseorang dibentuk oleh cara berfikirnya (aqliyah) dan caranya berbuat untuk memenuhi keperluan-keperluan atau keinginan-keinginannya (nafsiyah).

Dalam pandangan Islam, keperibadian merupakan interaksi dari kualiti nafs, qalb, akal dan bashirah, interaksi antara jiwa, hati, akal dan hati nurani. Keperibadian, disamping fitrah bawaan sejak lahir dari warisan genetik orang tuanya, ia terbentuk melalui proses panjang riwayat hidupnya, proses internalisasi nilai pengetahuan dan pengalaman dalam dirinya. Dalam perspektif ini maka keyakinan agama yang ia terima dari pengetahuan mahupun dari pengalaman masuk dalam struktur keperibadian seseorang. Seorang muslim dengan keperibadian muslimnya yang prima, tidak boleh memakan daging babi yang telah diharamkan oleh agama Islam, meskipun ia dimasak dengan mengikut seleranya. Seseorang dengan keperibadian muslim dan keteguhan imannya juga tidak akan melangkah melayani godaan maksiat. Demikian juga ia selalu terjaga dari tidurnya yang nyenyak jika ia belum menjalankan solat 5 waktu terutama sekali solat Subuh berjemaah.

Keperibadian muslim juga tidak semestinya konsisten, ada masa iman seseorang itu kuat dan utuh terhadap godaan dan dugaan duniawi. Kaunseling agama adalah dimaksud untuk menghidupkan getaran batin iman dari orang yang sedang terganggu kejiwaannya hingga keperibadiannya tidak utuh, agar dengan getaran batin iman itu sistem nafsaninya bekerja kembali membentuk sinergi yang melahirkan perilaku positif. Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita.

Isteri yang baik atau wanita solehah mempunyai keperibadian yang mulia, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. Rasulullah SAW bersabda, ” Mahukah kamu kuberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)

akhlak rasulullah

Kalau dilihat keperibadian mulia yang dimiliki oleh seseorang isteri dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya. Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya. Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya. Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau keperibadian yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, maka celakalah engkau di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami kerana keperibadian buruk.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Semoga bermanfaat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/