7 Kebaikan Bawang Merah

Khasiat Bawang Merah
Khasiat Bawang Merah

Khasiat Bawang Merah

Pernahkah anda mengetahui rahsia di sebalik khasiat bawang merah? Jika belum tahu, cubalah baca artikel ini. Bawang merah? Apa tu?  Hishh… malu jadi orang perempuan kalau tidak tahu atau kenal apa itu bawang merah. Jika dalam drama, bawang merah selalu dikenali sebagai wanita jahat yang berhati busuk.

Bawang merah selalu menindas dan sering membuatkan bawang putih menangis! Sungguhpun begitu, setiap kali kita mengupas bawang ia akan membuatkan air mata kita jatuh bercucuran. Bawang merah banyak digunakan terutama di negara-negara Asia sebagai rempah dapur, dan kerap digunakan dalam masakan. Tapi, apa rahsia di sebalik cerita mengenai bawang ini?

Khasiat dan kebaikan bawang merah banyak mengandungi vitamin C, kalium, serat dan asid folat. Selain itu, ia juga mengandungi kalsium dan zat besi. Bawang merah mengandungi zat pengatur pertumbuhan semulajadi berupa hormon ‘auksin’ dan ‘giberelin’ yang amat diperlukan oleh tubuh. Di samping itu, bawang merah juga dapat menyeimbangkan kadar gula dalam darah dan mencegah infeksi kerana bakteria.

Antara Kebaikan Dan Khasiat Bawang Merah:

 1. Meredakan Kesakitan

Bawang merah juga boleh mengubati penyakit ringan seperti kuman di dalam mulut, meredakan radang otot dengan cara mencampurnya dengan minyak kelapa dan digunakan untuk mengurut.

2. Mencerahkan Kulit Wajah Dan Menghapus Bintik Hitam

Bawang merah mengandungi asid semulajadi yang boleh mencerahkan kulit. Bintik-bintik hitam pun boleh dihilangkan dengan bantuan atau penggunaan bawang ini. Caranya mudah sahaja.  Hiris bawang bentuk empat segi kecil, sapukan getah bawang merah pada bahagian bintik-bintik hitam. Biarkan selama 10 minit dan bilaslah dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari sehingga bintik-bintik hitam tersebut hilang.

3. Baik Untuk Rambut

Jangan terkejut, kerana bawang merah bukan hanya sebagai penyedap masakan, tetapi turut bermanfaat  buat kecantikan. Salah satunya, untuk rambut kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk sulfur yang membantu menyuburkan rambut serta menghentikan rambut rosak. Selain itu kandungan bawang merah juga aktif sebagai anti bakteria yang berupaya untuk mencegah kelemumur. Gunakan jus bawang merah pada kulit kepala sambil mengurutnya. Cara ini boleh membantu meningkatkan perjalanan darah dan memberikan efek positif terhadap pertumbuhan rambut.

4. Perlindungan Diri Daripada Kanser

Bawang merah bermanfaat untuk mengurangi risiko beberapa jenis kanser. Jadi, tak salah jika anda meletakkan seberapa banyak di dalam masakan anda.

5. Membuat Tulang Dan Sendi Jadi Kuat

Bukan sekadar susu yang dapat menambah kepadatan tulang. Ada yang berpendapat, bawang dapat meningkatkan kepadatan tulang dan memperkuatkan sendi, sehingga dapat mencegah menopause pada wanita.

6. Mendorong Aktiviti Sel Darah Putih

Ternyata manfaat sulfur tidak berhenti sampai di situ. Sulfur pada bawang merah memainkan peranan penting untuk mendorong sel darah putih, sehingga daya ketahanan tubuh anda jadi meningkat.

7. Turunkan Kadar Kolesterol

Kandungan sulfur yang terdapat dalam bawang merah mempunyai banyak manfaat. Sulfur tersebut dapat mencegah pembekuan pada sel-sel darah. Kandungan sulfur dalam bawang ini juga boleh menurunkan jumlah kolesterol jahat dalam darah. Ia juga dapat mencegah serangan jantung.

Tips Ekstra Petua Bahagia:

Oleh kerana bawang ini sangat bermanfaat sekali bagi kesihatan tubuh kita, sebaiknya ia tidak dimasak terlalu lama. Masak ‘sedang-sedang’ sahaja ya!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/