7 Kebaikan Beras Perang

Khasiat Beras Perang
Khasiat Beras Perang

Khasiat Beras Perang

Jika anda sedang berdiet, elok pilih beras perang daripada beras putih. Beras ini mampu memberikan anda tenaga yang berganda sekaligus buat anda cepat kenyang ketika menjamahnya. Anda juga akan kenyang lebih lama. Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar. Beras ini juga merupakan sejenis biji-bijian semulajadi yang lengkap. Rasanya seperti berkacang dan lebih kenyal serta berkhasiat daripada beras putih.

Beras perang kini adalah lebih mahal berbanding beras putih. Namun, ramai yang tak tahu perbezaan antara beras putih dan beras perang. Beras perang adalah lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih yang biasa dimakan. Jika dilihat dari segi luaran, beras perang kelihatan sama dengan beras putih tetapi apa yang membezakan adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut. Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, karbohidrat dan protein yang seakan-akan sama. Perbezaan utama diantara kedua-dua beras ini bergantung kepada cara pemprosesan dan kandungan zat.

Hanya lapisan luar benih beras dialihkan dan menghasilkan beras perang. Untuk menghasilkan beras putih, lapisan berikutnya (sekam dan germ) akan dialihkan dan meninggalkan endosperm yang berkanji. Beberapa vitamin dan dietary mineral hilang dalam pengalihan ini dan juga dari proses pengilatan. Sebahagian dari zat makanan yang hilang ini ialah seperti vitamin B1, Vitamin B3 dan besi. Oleh sebab itu, ramai di antara kita lebih menggemari beras putih kerana ia lembut dan cepat dimasak berbanding beras perang yang agak keras.

7 kebaikan dan kelebihan beras perang.

1. Mengandungi Kalsium

Beras perang mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

2. Kaya Dengan Vitamin, Zat Besi Dan Fostat

Ia mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi dan fostat.

3. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Dapat mengurangkan penyakit kencing manis jenis 2.

4. Mengandungi Mineral Magnese

Beras perang mengandungi mineral magnese.

5. Kekalkan Berat Badan

Ia mengekalkan berat badan yang ideal.

6. Anti Kanser

Beras perang mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser.

7. Menurunkan Kadar Kolesterol

Boleh menurunkan kolestrol dalam badan.

8. Bagus Untuk Wanita Yang Mengalami Monopause

Sangat baik untuk wanita yang sudah monopause untuk menjaga jantung dan darah tinggi.

Kesimpulannya

Oleh yang demikian, beras ini sangat baik dimakan oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori. Setiap satu cawan beras perang boleh menyediakan 88% magnesium yang diperlukan oleh tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolestrol badan selain ia dapat menghasilkan hormon seks.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/