7 Kebaikan Beras Pulut

7 Kebaikan Beras Pulut
7 Kebaikan Beras Pulut

7 Kebaikan Beras Pulut

Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak dan menjadikannya seakan melekit apabila dimasak. Biasanya beras pulut ini menjadi kegemaran orang-orang yang berada dengan saiznya yang panjang dan besar ianya juga cepat kenyang jika dimakan dengan kuantiti yang sedikit. Beras pulut juga biasanya banyak digunakan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dengan juadah ketupat daun palas yang sememangnya amat popular dengan menggunakan beras pulut sebagai bahan asas dalam pembuatannya.

Pulut ialah sejenis bijirin yang ditanam di Thailand, Jepun, Vietnam, China, dan Laos. Sekitar 85% daripada keluaran bijirin di Laos, merupakan beras pulut. Pulut tidak mengandungi gluten diet, iaitu tidak mengandungi glutenin dan gliadin. Apa yang membezakannya daripada jenis-jenis beras yang lain adalah ia mengandungi sedikit atau langsung tidak mengandungi sebarang amilose, tetapi sebaliknya banyak mengandungi amilopektin. Kedua-dua bahan tersebut merupakan bahan kanji. Amilopektin menyebabkan bijirin ini bersifat melekit.

Mari bersama admin kita lihat 7 khasiat beras pulut seperti yang tertera dibawah ini :

1. Awet Muda

Mengembalikan seri kulit dan awet muda akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.

2. Kaya Dengan Pelbagai Vitamin

Mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6, vitamin terserap air dari kumpulan B-Kompleks. Vitamin-vitamin ini berperanan penting menyihatkan penglihatan, menghasilkan hormon dan amat berguna pada sistem saraf pusat dan fungsi metabolisme tubuh.

3. Menghilangkan Kesan Parut

Menghilangkan kesan parut luka dan memutihkan wajah serta badan.

4. Menyegarkan Kulit

Membantu memulihkan kulit yang pucat dan kusam untuk kembali segar.

5. Membekalkan Oksigen

Kandungan zat di dalamnya membekalkan oksigen kepada sel-sel darah merah.

6. Menghaluskan Kulit Wajah

Menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati serta menghaluskan kulit wajah.

7. Memperkuat Sistem Kekebalan Tubuh

Membantu fungsi-fungsi otot, saraf, kelenjar thyroid dan sistem kekebalan tubuh, tindak-balas penyempurnaan (synthesis) protein dan DNA.

Info Ekstra Petua Bahagia!

Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/