7 Kebaikan Berenang

Kebaikan Berenang
Kebaikan Berenang

Kebaikan Berenang

Aktiviti air dengan berenang ini mempunyai banyak kelebihan yang memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan. Berenang juga merupakan salah satu senaman terbaik untuk membakar kalori, melangsingkan dan menguatkan tubuh.

Manfaat dan kebaikan berenang sebagai senaman ini akan membuatkan tubuh terasa segar. Bagi anda yang takut dengan air, cubalah atasi ketakutan anda itu mulai daripada sekarang kerana berenang memiliki manfaat yang luar biasa untuk tubuh. Berenang juga merupakan senaman yang menyenangkan, lakukan secara rutin maka anda akan mendapatkan kesan dan manfaat berenang untuk tubuh anda.

Berikut dibawah ini admin ingin kongsikan 7 kebaikan aktiviti berenang untuk kesihatan tubuh badan anda.

1. Melancarkan Perjalanan Darah Buat Ibu Mengandung

Bagi ibu hamil atau mengandung, manfaat berenang dapat membantu melancarkan perjalanan darahnya kepada janin serta membantu menguatkan otot-otot dan juga dapat membantu pernafasan. Menjadi lebih mudah bagi ibu mengandung untuk mengatur pernafasan sewaktu proses melahirkan bayi nanti.

2. Mengurangkan Stress

Banyak gerakan dalam air dan berenang ini mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak sehingga suasana hati menjadi lebih tenang. Keadaan ini boleh menurunkan tahap stress yang dialami Bersentuhan dengan air pun membuat tubuh lebih sejuk sehingga mempengaruhi perasaan dan fikiran.

3. Meredakan Kesakitan Sendi

Postur tubuh terutama bahagian pinggang boleh diperbaiki dengan berenang. Senaman renang ini boleh mengurangkan masalah yang menyerang tulang belakang. Gerakan ‘motoric’ secara konsisten baik tangan ataupun kaki kerana ia boleh memperkuatkan otot.

4. Membentuk Otot 

Ketika berenang, anda menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh. Bermula dari kepala, leher, anggota badan bahagian atas, dada, perut, punggung, pinggang, anggota badan bahagian bawah dan telapak kaki. Ketika bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan tenaga yang lebih besar kerana perlu melawan rintangan air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.

5. Melatih Sistem Pernafasan

Salah satu senaman yang dapat melatih sistem pernafasan dan memperkuat nafas adalah berenang. Aktiviti air seperti berenang memerlukan pernafasan yang kuat agar mampu menyelam dalam waktu yang lama. Sistem kerja pernafasan secara sendirinya akan terlatih menjadi lebih panjang ketika berenang.

6. Sihat Untuk Jantung Dan Paru-Paru

Berenang boleh membantu kesihatan jantung dan paru-paru. Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki dapat membantu pengaliran denyutan jantung, pembuluh darah dan juga paru-paru.

7. Melangsingkan Tubuh

Berenang sangat efektif dalam membentuk tubuh yang ideal. Selain bersenam, renang juga merupakan satu terapi rutin untuk membakar kalori. Bagi wanita kurus juga, renang boleh menjadi terapi untuk mereka menaikkan berat badan.

Tips Ekstra Petua Bahagia!

Jika anda ingin berenang pastikan anda melakukan beberapa tips atau petua di bawah ini :

  • Lakukan pemanasan dan renggangan otot-otot badan 10 hingga 15 minit.
  • Sekiranya di kolam renang awam, bilas anggota tubuh setelah selesai.
  • Selain bilas, sebaiknya mandi dengan sabun dan air bersih setelah selesai.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/