7 Kebaikan Bunga Ros

Kebaikan Bunga Ros
Kebaikan Bunga Ros

Kebaikan Bunga Ros

Sejak zaman dahulu lagi, bunga ros atau mawar dijadikan sebagai lambang cinta terutama bunga ros merah. Di sebalik kecantikan dan keindahan warnanya, ternyata bunga ros ini mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Bagi dunia kecantikan, bunga ros dijadikan sebagai bahan untuk merawat wajah, kulit dan juga rambut. Manakala dalam dunia kesihatan pula, bunga ros adalah ubat untuk beberapa jenis penyakit seperti mencegah penyakit jantung, meredakan masalah selsema, cirit birit, menurunkan kolesterol serta jangkitan saluran kencing.

Berikut adalah antara manfaat dan khasiat daripada bunga ros yang wajib anda ketahui:

1. Mengurangkan Stres

Aroma harum pada bunga ros dapat menghilangkan rasa penat atau stres sehingga tubuh dan fikiran anda kembali relaks dan stres yang sedang menekan boleh anda hadapi dengan tenang.

2. Mencantikkan Kulit

Bunga ros memiliki kandungan lemak iaitu asid lemak Omega 3 dan Omega 6 yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, sehingga anda dapat memiliki kulit yang sihat, cantik dan lembut. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

3. Atasi Masalah Mata Penat

Mata penat dan lingkaran gelap di bawah mata boleh anda atasi dengan air bung ros. Ia bagus digunakan untuk menghilangkan mata merah dan meradang. Titiskan dua atau tiga titis pada mata, kemudian pejamkan mata anda beberapa minit untuk memberikan kesempatan air rose membersihkan mata anda. Lakukan cara ini secara rutin untuk menghindari jangkitan mata lebih parah.

4. Memelihara Kecantikan Rambut

Air bunga ros berkhasiat untuk memelihara kesihatan rambut kerana kaya dengan zat penyejuk semulajadi yang berfungsi sebagai pelembab. Tuangkan beberapa titis air bunga ros ketika anda membasuh rambut dengan syampu pilihan untuk menciptakan aroma wangi pada helai rambut anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan air bunga ros ini setelah bersyampu, titiskan pada rambut yang basah. Kemudian urut lembut untuk membantu pertumbuhan rambut menadi subur. Di samping itu, air bunga ros juga boleh mengatasi peradangan di kulit kepada kerana masalah kelemumur.

5. Menghilangkan Jerawat

Air bunga ros merupakan salah satu bahan pembersih semulajadi yang kaya dengan kandungan zat antioksidan dan mampu membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat di wajah. Bersihkan wajah anda dengan air suam yang sudah dicampur dengan air ros pada setiap pagi. Anda juga boleh membersihkan wajah dengan kapas yang sudah dibasahi air ros.

6. Menyegarkan Tubuh

Bunga ros dapat menjaga kesegaran tubuh seperti mandi lulur di spa yang mengggunakan kelopak bunga ros sebagai medium penyejuk tubuh setelah seharian anda melakukan aktiviti di luar rumah.

7. Menjaga Miss V

Perawatan kecantikan tubuh seperti di spa biasanya menggunakan air rose atau air mawar sebagai salah satu bahan utama. Ini adalah kerana bunga ros mempunyai keharuman air bunga ros yang istimewa dan berkhasiat untuk Miss V anda.Cucilah miss V dengan air suam yang telah dicampur dengan air ros secara rutin.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/