7 Kebaikan Pelukan Ibu

Kebaikan Pelukan Ibu
Kebaikan Pelukan Ibu

Kebaikan Pelukan Ibu

Pelukan ibu terhadap anaknya membuatkan anak itu berasa selesa, hangat, tenang emosi dan selamat. Sudah fitrah semulajadi manusia dan juga haiwan makhluk Allah SWT yang bernyawa kasih sayang di antara ibu dan anak cukup hebat dan kuat. Pelukan ibu untuk memujuk dan memberikan kata-kata semangat kepada anaknya membuatkan anak berasa sangat bahagia dan tiada apa yang mereka inginkan selain pelukan ibu.

Anak-anak yang kerap dipeluk akan tampil menjadi anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, penuh dengan kasih sayang dan kurang tekanan.  Mereka akan menjadi anak yang lebih tenang di mana keadaan ini akan membantu perkembangan diri mereka. Namun jika perkara ini jarang dilakukan hubungan ibu bapa dan anak-anak akan menjadi sangat dingin.
Fitrah diri mereka yang amat memerlukan sentuhan dan kehangatan kasih sayang terpaksa mengharungi satu keadaan yang amat tegang dan penuh dengan emosi yang keras. Cuba kita lihat antara 7 kebaikan pelukan ibu terhadap anak seperti yang tertera dibawah ini.
1. Luahan Perasaan Isi Hati
Apa yang dirasakan memang selayaknya disuarakan.  Namun meskipun tanpa bicara pelukan ibu dapat menjadi cara terbaik untuk menyampaikan isi hati dan perasaan.
2. Menenangkan Emosi 
Kebiasaan memeluk anak-anak membuatkan bukan sahaja kehidupan  anak-anak, tetapi juga ibu bapa menjadi lebih seimbang.  Ini memberi kita kekuatan untuk mengendalikan emosi agar lebih tenang dan bahagia. Itulah rahsia kekuatan pelukan ibu terhadap anaknya.
3. Insan Paling Berharga
Pelukan ibu atau pelukan dari seorang bapa mahupun keluarga anak membuat anak-anak merasa bahawa mereka adalah insan yang paling berharga dan beruntung di dunia.
4. Menjaga Kualiti Hubungan
Memeluk anak-anak dapat  meningkatkan rasa tenang  dan percaya diri dalam diri mereka. Kebiasaan pelukan ibu ini secara tidak langsung  dapat menjaga kualiti hubungan anda sekeluarga.
5. Menurunkan Tekanan Darah
Sebuah pelukan ternyata mempunyai khasiat luar biasa.  Ini mampu membuat rasa cemas dan juga tekanan darah menurun.
6. Merasa Bahagia
Memeluk orang-orang tersayang adalah cara paling sederhana dapat membuat mereka merasa bahagia.
7. Meredakan Tekanan
Saat anak-anak bermasalah dan tertekan, pelukan merupakan ubat paling mujarab membantu menenangkan fikiran dan jiwa yang bergolak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/