7 Kebaikan Terung

Kebaikan Terung
Kebaikan Terung

Kebaikan Terung

Tidak ramai di antara kita yang menyukai terung sedangkan ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh. Terung merupakan salah satu jenis sayuran bewarna ungu yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa. Ia sejenis sayur yang mengandungi kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K. Bahkan terung juga dikatakan sangat bagus untuk kesihatan jantung, otak dan tulang.

Namun ada juga mengatakan terung adalah kesukaan kaum wanita lebih-lebih lagi yang masih bujang dan belum berkahwin. Nak cakap buat masak kat dapur tak jugak tapi entahlah biar ia terus diselubungi misteri oleh kaum-kaum wanita ya. Hehehe

Baiklah, berikut di bawah ini adalah antara 7 kebaikan atau khasiat terung kepada kesihatan tubuh badan manusia:

1. Makanan Otak 

Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, sayur terung boleh menjadi salah satu pilihan tersebut.

2. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

3. Mengatasi Diabetes

Terung adalah sayur yang berserat tinggi, rendah lemak dan juga rendah karbohidrat. Jadi, tidak hairanlah sayur ini boleh mengatasi dan mencegah diabetes.

4. Kaya Zat Besi

Terung kaya dengan zat besi. Jika ingin lebih sihat dan kuat, makanlah terung. Tak kisahlah sama ada digoreng, dilayur, disayur ataupun dibuat ulam mentah. Zat besi yang terkandung dalamnya dipercayai sangat baik untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah anemia atau kurang darah.

5. Rendah Kalori

Terung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan sayur ini kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari.

6. Serat

Terung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilannya secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus

7. Menjaga Kesihatan Hati Dan Jantung

Sayur ini mengandungi bioflavonoid yang cukup tinggi. Sehingga, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stress. Di samping itu, ia juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/