7 Kejujuran Dalam Percintaan

kejujuran dalam percintaan
kejujuran dalam percintaan

kejujuran dalam percintaan

Kejujuran dalam percintaan sememangnya satu sikap yang harus dijadikan pegangan atau pun satu prinsip kehidupan bagi mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga. Pasangan yang sudah berkahwin haruslah bersikap transparent iaitu sikap berterus terang dan jangan berahsia. Orang yang pendiam dan menyimpan rahsia adalah seorang yang tiada kejujuran dalam dirinya dan seringkali menipu untuk melepaskan diri atau mengelak tertangkap dengan pasangannya sekiranya melakukan kesalahan.

Kalau lah korang ditanya apa itu CINTA… apa agaknya jawapan yang diberi ye.. Hmm.. rasanya macam-macam jawapan menarik leh keluar nie… contohnya cinta itu ibarat awan yang berarak, kekadang berseri.. kekadang mendung.. atau cinta itu umpama ombak di lautan dan macam-macam lagi lah.. hehe.. Satu lagi kalau ditanya apa sebab orang bercinta tentunya juga kita akan dapat pelbagai jawapan. Namun, kalau diteliti betul-betul bukan semua jawapan tu boleh diguna pakai.

Jika dibelek-belek nampak macam ada jawapan yang diberikan seolah-olah mencerminkan tujuan yang tak jujur dan tak serius dalam menjalinkan hubungan cinta.

Mari kita tengok 7 ciri-ciri kejujuran dalam bercinta dan juga 7 ciri-ciri ketidakjujuran dalam bercinta.

Kejujuran Dalam Bercinta

1.  Bersungguh-Sungguh

Orang yang mempunyai kejujuran dalam bercinta akan bersungguh-sungguh mahu mengenali hati budi seseorang dan keluarga pasangannya serta mengimpikan hubungan yang membawa ke jinjang pelamin atau ikatan perkahwinan yang sah.

2.  Sifat Terpuji

Orang yang mempunyai kejujuran dalam bercinta akan mudah tertawan dengan kelembutan dan sifat-sifat terpuji pasangan yang tidak ada pada orang lain. Kerana dalam perkahwinan akhlak yang baik boleh dijadikan contoh dan diajarkan kepada anak-anak kelak.

3.  Sehidup Semati

Orang yang mempunyai kejujuran dalam bercinta akan memberikan komitmennya 100% kerana ingin menjadikan si dia teman sehidup dan semati.

4.  Bertanggungjawab Dan Dipercayai

Orang yang mempunyai kejujuran dalam bercinta sanggup berkongsi susah dan senang hidupnya dengan seseorang yang dirasakan bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

5.  Jodoh Dan Keserasian

Orang yang mempunyai kejujuran dalam percintaan akan bercinta kerana dirasakan telah bertemu dengan jodoh dan keserasian yang dicari-cari selama ini.

6.  Insan Istimewa

Orang yang mempunyai kejujuran dalam percintaan akan bercinta kerana mahu mencari sesuatu yang dirasakan terlalu istimewa yang pasti hanya berlaku sekali seumur hidup.

7.  Keindahan Cinta

Orang yang mempunyai kejujuran dalam percintaan akan bercinta kerana keindahan cinta itu terlalu besar dan adalah menjadi satu kerugian andainya seseorang itu menolaknya.

kejujuran

Ketidakjujuran Dalam Bercinta

1.  Teman

Bercinta kerana memerlukan teman menemani sepanjang masa.

2.  Meniru Orang Lain

Bercinta kerana melihat orang lain bercinta dan mahu mencuba dan merasai benarkah cinta itu terlalu indah atau sekadar satu perasaan yang biasa-biasa jer.

3.  Mengisi Masa Lapang

Bercinta kerana mahu mengisi masa lapang dengan insan-insan yang dirasakan mampu menghiburkan hati.

4.  Tanpa Disedari

Bercinta kerana ia datang tanpa disedari dan tidak mampu menolaknya.

5.  Perasaan Simpati

Bercinta kerana simpati dan tidak sampai hati untuk berkata tidaaakkk…!

6.  Terpaksa Dan Terdesak

Bercinta kerana terpaksa dan terdesak kerana umur sudah semakin meningkat dan juga menganggap ianya sebagai pelengkap hidup kerana mengikut prinsip hidup ini perlu berpasang-pasang.

7.  Memilih Paras Rupa

Bercinta kerana memilih paras rupa semata-mata.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/