7 Khasiat Buah Durian

Khasiat Buah Durian
Khasiat Buah Durian

Khasiat Buah Durian

Disebabkan harganya yang mahal, terutama apabila buah durian ini bukan berada pada musim puncaknya, jadi tidak hairanlah ia dianggap sebagai “raja buah”! Ramai yang menyukai buah durian, tak kurang juga yang memang tidak boleh tahan dan sangat alergik dengan buah durian. Bukan itu sahaja, ada yang menganggap buah durian adalah buah yang paling tidak sedap yang pernah ada di bumi ini. Buah yang boleh buat orang muntah jika dimakan! Semua ini gara-gara baunya yang terlalu tajam dan menyengat. Bagi yang tidak tahan, boleh terus diserang migrain!

Lain orang, lain lidah dan citarasanya. Kalau dah suka tu, apa sahaja yang berkaitan dengan durian, dodol durian, crepe durian dan sebagainya, semuanya boleh ‘disapu bersih’! Bagi anda yang tak suka durian, tidak mengapa. Cuma renung-renunglah seketika manfaat dan khasiat buah durian buat kesihatan. Mana tahu selepas ini, anda boleh cuba-cuba belajar makan durian.

Jom, semak 7 khasiat buah durian yang mungkin anda sendiri tidak tahu selama ini.

1. Menjaga Fungsi Kelenjar Thyroid

Selain sodium, tembaga juga membantu menjaga kesihatan kelenjar thyroid. Kandungan tembaga pada durian ini menajdi sumber yang mencukupi keperluan tubuh untuk tembaga.

2. Cegah Sembelit

Kandungan serat yang ada pada durian sebanyak 37% dikatakan mampu membantu melancarkan sistem penghadaman. Nutrisi di dalam buah durian ini mampu menyerap air dan melancarkan proses pembuangan air besar serta mencegah sembelit.

3. Mencegah Anemia

Bagi anda yang kurang darah atau anemia, memakan durian boleh membantu mengatasi anemia. Folat yang ada dalam durian ini dapat membantu meningkatkan produksi sel darah merah sehingga secara automatik dapat mencegah anemia.

4. Menjaga Kesihatan Tulang

Ternyata ‘potassium’ yang terdapat pada durian, juga bagus untuk kesihatan tulang. Ini bermakna menjaga agar tulang tetap sihat dan kuat, bukan setakat kalsium sahaja.

5. Bantu Diet Lebih Berkesan

Makan durian jadi kenyang! Ini adalah kerana vitamin B yang terdapat pada durian membuatkan tubuh menjadi kenyang lebih lama sehingga anda boleh mengawal nafsu dan jumlah makan.

6. Membantu Meredakan Sakit Migrain

Durian dapat membantu meredakan sakit akibat migraine. Ini adalah kerana durian mengandungi vitamin B yang diperlukan untuk meringankan rasa sakit yang disebabkan oleh migrain.

7. Mencantikkan Kulit

Durian juga mengandungi vitamin C yang merupakan faktor penting untuk meningkatkan produksi kolagen. Kolagen sendiri adalah zat yang tugasnya membantu regenerasi kulit serta membuat kulit jadi lebih tegang dan segar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/