7 Khasiat Bunga Kobis

bunga kobis

bunga kobis

bunga kobis

Bunga kobis adalah sejenis sayuran yang kaya dengan khasiat semulajadi membantu manusia meningkatkan kesihatan dan sistem ketahanan tubuh badan bagi melawan segala penyakit yang datang menyerang jika kerap diamalkan pengambilannya bersama makanan yang lain. Selain bunga kobis, sayur-sayuran yang lain juga mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia. Oleh itu, boleh dikatakan betapa ruginya bagi orang-orang yang tidak makan sayur-sayuran kerana banyak khasiat yang terkandung di dalamnya.

Bunga kobis adalah sumber vitamin C (asid askorbat), folat, vitamin K (phylloquinone) dan vitamin B6. Vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), dan sejumlah kecil vitamin E (alfa-tokoferol). Bunga kobis juga menyediakan mineral penting seperti kalsium, magnesium, fosfor, kalium dan mangan tanpa kolesterol berbahaya. Disamping itu, sayur bunga kobis ini juga mengandungi serat dan gula semulajadi lebih rendah, jika dibandingkan dengan kumpulan familinya yang lain seperti brokoli.
Berikut adalah manfaat sayur bunga kobis untuk kesihatan:
1. Bagus Untuk Ibu Hamil
Meningkatkan kesihatan kehamilan. Sepanjang proses kehamilan, anda disarankan menikmati sayur bunga kobis yang kaya dengan folat, vitamin A,vitamin B dan C yang bermanfaat untuk kesihatan janin dalam kandungan.
2. Mencegah Sembelit
Jika anda sedang menghadapi berak tidak lawas atau pun sembelit, cubalah untuk minum jus bunga kobis. Serat di dalamnya bermanfaat untuk menghilangkan sembelit dan menurunkan berat badan.
3. Makanan Diet 
Bunga kobis ideal digunakan ketika anda menjalani diet rendah karbohidrat kerana ia tidak mengandungi zat tepung.
4. Kaya Serat
Kandungan serat tinggi dalam sayur bunga kobis ini boleh membantu meningkatkan kesihatan usus dan mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser saluran kencing.
5. Mengawal Tahap Kolesterol
Pengambilan bunga kobis secara teratur membantu menjaga tahap kolesterol di dalam tubuh badan agar tetap terkawal.
6. Kaya Vitamin C Dan Selenium
Kehadiran vitamin C dan selenium membantu memperkuat sistem ketahanan tubuh badan atau imun badan bagi melawan penyakit.
7. Anti Radang
Bunga kobis mengandungi vitamin K yang bersifat anti radang. Pengambilan bunga kobis secara teratur akan memastikan perjalanan darah yang sihat kerana ia akan membantu menjaga pembuluh darah dengan adanya senyawa ‘glucoraphanin’. Persenyawaan ini juga mampu mengurangi risiko stroke pada pesakit jantung.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/