7 Khasiat Bunga Teratai

Khasiat Bunga Teratai
Khasiat Bunga Teratai

Khasiat Bunga Teratai

Bunga teratai ialah tumbuhan akuatik dalam genus Nelumbo. Bunga yang berasal dari Asia ini tumbuh tenang di permukaan air. Bunga teratai dan daunnya terdapat di permukaan air, keluar dari tangkai yang berasal dari rizom yang berada di dalam lumpur pada dasar air. Manakala tangkainya berada di tengah-tengah daun. Daun dan bunganya keluar dari akar yang terikat pada lumpur di dasar air. Helaian daun lebar dan bulat serta tangkai yang panjang dan bulat.

Dikenali dengan tumbuhan akuatik yang selalu tumbuh di dalam kolam air, bunga teratai mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan oleh manusia di dalam penjagaan kesihatan tubuh badan jika tahu cara penggunaannya iaitu secara luaran ataupun dimakan untuk ianya bekerja dari dalam untuk proses penyembuhan sesuatu penyakit.

Baiklah, pada artikel kali ini admin ingin kongsikan bersama semua pembaca Petua Bahagia 7 khasiat bunga teratai seperti yang tertera di bawah ini.

1. Mengatasi Kemurungan

Ambil 20 butir biji bunga teratai, Rebuslah semuanya dengan air. Setelah agak sejuk, minum airnya. Biji bunga teratai yang telah direbus boleh dimakan.

2. Mengatasi Insomnia

Sediakan 5-12 gram biji bunga teratai. Kemudian rendamkan dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga air surut menjadi segelas. Setelah agak sejuk, minum airnya dan bijinya dimakan.

3. Mengatasi Mata Merah, Sembab Dan Letih

Ambil 3 gram biji bunga teratai dan 9 gram bunga seruni. Kumpulkan dalam kain bersih dan kukus. Setelah sejuk, kompreskan pada mata. Lakukan 2 kali sehari tiap pagi dan malam hari.

4. Menghilangkan Batuk Dan Muntah Darah

Rizom bunga teratai dicuci bersih, kemudian dibuat jus. Buat hingga satu gelas. Minum ramuan jus rizom teratai tersebut secara rutin setiap hari selama 3-5 hari.

5. Hidung Berdarah

Ambil akar bunga teratai secukupnya kemudian dibuat jus. Perahkan airnya, kemudian titiskan ke dalam lubang hidung.

6. Menurunkan Darah Tinggi

Rebus 10 gram biji teratai dan 15 gram tunas teratai dengan air bersih. Minum air rebusan tersebut setiap hari.

7. Penyakit Jantung Dan Hati

Cuci bersih 100 gram rizom teratai dan 50 gram akar. Rebus semuanya dengan air bersih. Setelah sejuk airnya ditapis dan diminum.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/