7 Khasiat Ikan Sardin

Khasiat Ikan Sardin
Khasiat Ikan Sardin

Khasiat Ikan Sardin

Ikan sardin mengandungi protein, lemak, kalsium, besi, magnesium, fosfor, kalium, natrium. Manakala vitamin yang terkandung dalam sardin meliputi vitamin, thiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, folat, vitamin B12, A, D, E dan vitamin K.

Anda lebih suka ikan sardin segar atau sardin dalam tin? Sajian ini boleh buat selera makan jadi bertambah! Kebanyakan wanita bekerjaya yang tidak mempunyai banyak waktu di dapur pasti memilih untuk memasak ikan sardin tin kerana sangat mudah. Selain cepat dimasak, ikan sardin juga mempunyai kelebihan kandungan zatnya.

Sardin sangat elok untuk kesihatan dan mempunyai banyak khasiat antara 7 khasiat ikan sardin kepada kesihatan manusia adalah :

1. Pembentukan Otot

Ikan sardin adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan protein. Protein yang dimakan tersebut dapat membantu dalam pembentukan otot pada tubuh kita.

2. Kulit Lebih Sihat

Wanita mana yang tidak ingin memiliki kulit yang cantik, sihat dan bersinar bukan? Oleh itu,amalkan makan ikan sardin kerana ia kaya dengan lemak Omega 3. Lemak ini berperanan untuk meningkatkan sel-sel kulit,mengurangkan radang kulit sekaligus menjadikan kulit sihat.

3. Meningkatkan Antibodi

Antibodi badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan makan ikan sardin kerana kajian menunjukkan minyak ikan sardin dapat meningkatkan sel-sel sistem antibodi tubuh anda.

4. Melindungi Daripada Penyakit Jantung

Lemak Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam kesihatan kerana zat yang terkandung dalam ikan sardin dapat melindungi jantung daripada pelbagai penyakit. Lemak tersebut membantu menurunkan paras kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi yang seringkali dikaitkan dengan serangan jantung.

5. Membantu Perkembangan Otak 

Lemak Omega 3 sangat diperlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak. Ia dapat menguatkan memori dan juga meningkatkan daya tumpuan.

6. Membantu Pertumbuhan Dan Memperkuatkan Tulang

Ikan sardin merupakan sumber terbaik kalsium dan Vitamin D. Bahkan Vitamin D yang terkandung dalam ikan sardin membantu menyerap kalsium di dalam badan kita. Sekaligus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah dapat mencegah Osteoporosis.

7. Mencegah Darah Beku

Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk jantung. Oleh itu, lemak Omega 3, yang ditemui dalam ikan seperti ikan sardin ini, baik untuk mencegah pembekuan darah daripada berlaku.

Kesimpulannya

Lauk ikan sardin ini bukan lagi dikategorikan sebagai lauk orang miskin kerana harganya juga dikatakan agak mahal jika nak dibandingkan dengan ikan-ikan lain. Dengan khasiat dan kebaikan yang menjadikannya sebagai nutrisi makanan ianya agak berbaloi jika dijadikan sebagai menu makanan sekeluarga.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/