7 Khasiat Kacang Hijau

mungbean
Khasiat Kacang Hijau

Khasiat Kacang Hijau

Anda penggemar kacang hijau?Jika ya, anda memang sangat beruntung. Ini kerana terdapat banyak khasiat kacang hijau buat tubuh kita. Kacang hijau terkenal sebagai sumber protein sayuran dengan kadar protein yang tinggi. Selain itu, kacang hijau juga mengandungi mineral, fosfor dan kalsium. Bahkan, sehingga kini, kacang hijau masih lagi menjadi menu makan yang menyihatkan.

Berikut dibawah ini adalah di antara 7 khasiat kacang hijau bagi kesihatan manusia :

1. Mencegah Penyakit Jantung

Kacang hijau mengandungi serat tinggi yang berfungsi membersihkan saluran penghadaman. Selain itu serat yang terdapat dalam kacang hijau ini juga turut memainkan peranan dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh, sehingga efektif untuk mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan stroke.

2. Meningkatkan Penyerapan Nutrisi

Kekurangan vitamin B1 menyebabkan metabolisme menjadi lambat sehingga proses penyerapan nutrisi dari makanan tidak berjalan dengan sepatutnya. Kandungan vitmain B1 dan enzim-enzim aktif pada kacang hijau dapat memperbaiki keadaan ini dengan meningkatkan penyerapan nutrisi dan metabolisme tubuh.

3. Kaya Vitamin Dan Mineral

Kacang hijau mengandungi asid folat, riboflavin, B6, asid pantothenat serta niasin, yang berguna untuk membantu fungsi metabolisme dan organ tubuh. Selain itu, kacang hijau juga kaya dengan mineral.

4. Kaya Serat 

Kandungan serat dalam 100 gram, kacang hijau sebesar 7,6 gram serat. Jumlah ini dapat memenuhi keperluan serat harian sebanyak  30 peratus. Serat bermanfaat dalam menjaga fungsi saluran penghadaman, mencegah sembelit dan membantu menurunkan kolesterol.

5. Mengandungi Omega 3

Kacang hijau juga diperkaya dengan Omega 3. Asid lemak essential ini berguna untuk menurunkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.

6. Kaya Protein

Kacang hijau boleh menjadi sumber protein alternatif bagi para vegetarian. Protein di dalamnya memiliki profil asid amino lengkap dan dapat diserap oleh tubuh dengan lebih cepat. Protein berguna dalam membantu pembentukan sel-sel otot, mempercepat pemulihan, meningkatkan daya ketahanan tubuh serta membantu anda yang berdiet untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

7. Mencegah Anemia

Diperkaya dengan zinc dan zat besi menjadikan ianya sebagai makanan pilihan untuk mengatasi anemia, membantu keseimbangan hormon dan sistem kelenjar serta menjaga metabolisme tubuh.

Info Ekstra Petua Bahagia!

Ianya juga berkhasiat untuk para ibu yang sedang mengandung kerana mengandungi asid folic yang penting untuk menghindari terjadinya kelainan jantung pada bayi, bibir sumbing dan pelbagai kecacatan lain. Selain itu, ia juga baik untuk perkembangan saraf pada bayi dalam kandungan serta dapat meningkatkan kecerdasan bayi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/