7 Khasiat Kunyit

kunyit
kunyit

kunyit

Kunyit merupakan sejenis tumbuhan yang agak terkenal dalam adat Melayu kita.

Ia selalu digunakan kepada ibu-ibu yang baru sudah bersalin, selain merawat gejala lain seperti demam. Kalau zaman dahulu, ia sekadar petua orang tua-tua sahaja tapi kini telah dibuktikan dengan kajian saintifik.

Mari admin kongsikan 7 khasiat kunyit yang mungkin berguna pada anda satu hari nanti :

1. Untuk Kecantikan Wajah Dan Kulit

images

Ini tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Kebanyakan produk kecantikan mempunyai bahan asas kunyit. Antaranya manfaatnya ialah:

  • Mengecilkan jerawat
  • Mengatasi kulit berminyak
  • Mengurangkan kedutan di wajah
  • Menegangkan kulit
  • mencerahkan wajah

Caranya mudah sahaja iaitu dengan mencampurkan serbuk kunyit, yogurt, air dan madu kemudian gaulkan untuk dibuat masker. Biarkan sehingga tempoh 15 minit tetapi jangan lebih, takut warna kuning kunyit melekat di muka anda.

2. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Dengan mengamalkan pengambilan kunyit dalam makanan dan juga minuman, anda mampu memperbaiki sistem penghadaman anda dan mengelakkan daripada kerap mual, sakit perut, perut kembung, tahi berlendir dan sukar untuk buang air besar.

3. Mencegah Penyakit Kanser

prostate

Kunyit pun boleh mencegah penyakit kanser? Ya, betul. Curcumin yang terdapat dalam kunyit mampu menyerang sel-sel kanser dari pelbagai arah, menyebabkan sel-sel kanser mudah dihapuskan dan mencegahnya daripada merebak.

Antara kanser yang boleh dicegah ialah:

  • Kanser hati,
  • Kanser usus besar
  • Kanser darah
  • Kanser prostat

4. Meningkatkan Fungsi Hati

Fungsi Hati

Fungsi hati ialah untuk menapis darah dan meneutralkan racun dan toksin yang terdapat dalam darah. Kajian telah dibuat terhadap tikus makmal dan menunjukkan fungsi hati meningkat kepada tikus yang diberi makan kunyit berbanding yang tidak. Hasilnya, kunyit dapat meningkatkan sistem detoksifikasi selain sifat antioksidan.

5. Mengurangkan Risiko Leukimia

Pakar dari Loyola University Medical Centre menjumpai bahawa curcumin dalam kunyit dapat :

  • Menghalang mutagenisitas hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH), iaitu bahan kimia karsinogenik yang terhasil daripada pembakaran bahan bakar karbon termasuk asap rokok.
  • Menghalang radiasi kerosakan kromosom
  • Mencegah pembentukan amina heterosiklik berbahaya yang terdapat dalam makanan tertentu seperti produk daging burger.
  • Menghalang pertumbuhan sel leukemia.

6. Menghalang Bengkak Dan Sakit Pada Otot, Tulang Dan Sendi

arthritis_osteoarthritis (1)

Apabila seseorang mengadu sakit pada sendi, tulang, dan otot, ia sebenarnya berpunca daripada keadaan sel-sel badan yang menjadi bengkak akibat tercedera atau dari tindakan penyakit. Kandungan curcumin dalam kunyit mampu menghalang kesan inflammation dengan menghentikan aktiviti inflammation dengan sempurna dan tidak meninggalkan kesan sampingan kepada tubuh badan.

7. Meningkatkan Antioksidan

Curcumin merupakan salah satu antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas. Selain itu, ia juga meningkatkan aktiviti enzim antioksidan di dalam tubuh anda yang mampu membunuh radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/