7 Khasiat Mandi Susu

Khasiat Mandi Susu
Khasiat Mandi Susu

Khasiat Mandi Susu

Tahukah anda khasiat susu untuk kesihatan badan selain diminum ianya juga boleh dijadikan amalan mandi susu. Bagi wanita yang selalu mendapatkan rawatan kecantikan di spa atau salon kecantikan pastinya tahu apa khasiat mandi susu untuk tubuh badan dan kecantikan.

Pernah tak manjakan badan dengan mandi susu? Jika belum pernah, anda disaran mencuba rawatan ini. Khasiat mandi susu bukan sahaja membantu melembutkan dan mencerahkan kulit malah, air rendaman ini juga memberi ketenangan kepada kaum Hawa.
4
Mari kita selongkar dulu 7 khasiat dan manfaat mandi susu ini..
1. Menaikkan Seri Wajah
Apabila tubuh kembali segar dan perjalanan darah lancar, wajah juga mendapat manfaatnya. Wajah akan kelihatan berseri dan keyakinan diri wanita juga semakin bertambah.
5
2. Anti Penuaan
Susu juga membuatkan wanita tampak awet muda. Susu mengandungi protein yang tinggi, ia membantu memperbaharui sel kulit baru. Kulit akan tampak muda dan anjal. Jika diamalkan selalu, ia dikatakan dapat mengekang penuaan.
bridal-nerdy-milk-bath-boudoir-photos-melissamullinsportraits-5
3. Membuang Toksin
Selain itu, rawatan mandi susu dan air panas juga dikatakan membantu membuang toksin dalam tubuh. Selepas rawatan, tubuh akan berasa lebih ringan dan selesa. Amalkan selalu, anda pasti gembira dengan hasilnya.
denver-boudoir-photography-milk-bath-lingerie-flowers
4. Menghaluskan Kulit
Khasiat yang terkandung di dalam susu membantu menjadikan kulit lembut. Ia juga membuang sel kulit mati dan membekalkan kelembapan kepada kulit. Rawatan mandi susu amat sesuai dilakukan oleh golongan yang berkulit kering. Amalkan mandi susu sekurang-kurangnya seminggu sekali.
denver-pinup-cherries-vintage-milk-bath-boudoir
5. Meredakan Tekanan
Berendam di dalam tab yang dicampur air panas bersama susu dikatakan dapat meredakan tekanan. Ia membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan dan mengurangkan keletihan. Anda akan berasa relaks sepanjang rawatan ini.
manfaat-mandi-susu-milk-bath
6. Mencerahkan Kulit
Bagi yang mahu miliki kulit cerah secara semulajadi, lakukan rawatan mandi susu secara konsisten. Jika mahu hasil yang cepat, berendam di dalam air susu yang dicampur air panas setiap pagi dan petang selama 15 hingga 20 minit. Dalam masa dua minggu, kulit akan beransur cerah dan tona kulit menjadi lebih sekata.
susu
7. Membantu Melancarkan Perjalanan Darah
Air panas dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah. Ia merawat tubuh secara semulajadi, hasilnya kesihatan bertambah baik dan tubuh menjadi lebih segar. Tiada lagi masalah tubuh lesu.
Unknown

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/