7 Khasiat Teh Hitam

Khasiat Teh Hitam
Khasiat Teh Hitam

Khasiat Teh Hitam

Sejak dahulu lagi teh hitam telah menjadi kegemaran ramai. Ia merupakan salah satu minuman yang kaya dengan khasiat. Sebagai minuman yang baik, teh hitam juga kalah manfaatnya sama juga seperti teh hijau. Sungguhpun begitu, teh hitam lebih banyak mengandungi kafein jika dibandingkan dengan jenis teh lain. Teh hijau biasanya kehilangan rasa dalam setahun, namun rasa teh hitam akan tetap bertahan beberapa tahun.

Teh ini mengandungi teofilin yang meningkatkan perjalanan darah dan mempertahankan tekanan darah normal. Ia akan mempermudah saluran udara di dalam tubuh sehingga penghidap asma akan menjadi lebih mudah untuk bernafas. Teh hitam juga mencegah paru-paru rosak disebabkan pencemaran asap rokok. Selain itu, jika anda rajin minum teh hitam, risiko terkena stroke menurun.

Berikut di bawah ini adalah 7 khasiat teh hitam yang perlu anda ketahui :

1. Tingkatkan Kadar Kolesterol Baik

Khasiat teh hitam yang dikatakan luar biasa adalah kerana ia tidak mengandungi kolesterol jahat. Di dalam tubuh, minuman ini dikatakan mampu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah.

2. Melambatkan Pertumbuhan Kanser

Teh hitam juga dikatakan efektif untuk melawan kanser kerana kemampuannya memperlambat pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.

3. Menurunkan Berat Badan

Apakah anda mencari cara semulajadi menurunkan berat badan? Antara khasiat teh hitam adalah mampu meningkatkan metabolisme dan membantu membakar lemak lebih cepat.

4. Mencegah Dan Merawat Diabetes

Teh hitam secara khusus berguna bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes kerana dipercayai mampu menurunkan tahap glukosa dalam darah.

5. Anti Penuaan

Bagi anda yang ingin melawan tanda-tanda penuaan, anda disarankan meminum dua cawan teh hitam pada setiap hari.Teh hitam dipercayai memiliki sifat anti penuaan. Jadi, tidak harian ekstrak teh banyak digunakan dalam sejumlah produk anti-penuaan.

6. Memerangi Penyakit Jantung

Salah satu khasiat teh ini yang tidak kurang hebatnya adalah memerangi penyakit jantung. Dibandingkan dengan kopi yang memiliki jumlah kafein yang tinggi, rendahnya tahap kafein dalam teh hitam meningkatkan pengaliran darah ke otak, tanpa berisiko merangsang jantung secara berlebihan.

7. Meredakan Stress

Khasiat teh ini yang seterusnya, ia dikatakan membantu seseorang mengatasi stress dengan lebih baik kerana mampu mengendalikan tahap hormon dalam tubuh.

Kesimpulannya

Teh ini mempunyai banyak khasiat, namun kekerapan mengambilnya juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia. Oleh itu kadar pengambilan dan kekerapan untuk minum teh ini haruslah dikawal jangan kelak daripada tujuan untuk mencegah dan merawat penyakit akan bertukar menjadi sesuatu masalah yang baharu pula.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/