7 Khasiat Yogurt

Khasiat Yogurt
Khasiat Yogurt

Khasiat Yogurt

Anda suka minum yogurt? Jika belum pernah atau jarang meminumnya, cubalah minum selalu. Banyak khasiat yogurt! Khasiat susu sihat ini sangat banyak jika anda meminumnya pada setiap hari. Tapi, anda tahu tak apa itu yogurt? Yogurt ataupun yoghurt adalah sejenis susu yang dibuat melalui proses fermentasi bakteria. Cara membuat atau pembuatannya, boleh menggunakan semua jenis susu, termasuk susu soya.

Bagi anda yang suka meminumnya setiap hari, antara khasiat yogurt yang boleh anda peroleh bagi kesihatan tubuh adalah.

1. Baik Untuk Ibu Hamil

Zat besi dalam yogurt berguna untuk menunjang proses kehamilan terutama pada protein, kalsium, vitamin dan serat. Janin dapat berkembang dengan lebih sempurna kerana adanya protein di dalamnya serta memperkuatkan tulang janin.

2. Menghaluskan Wajah & Kulit

Yogurt bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, malahan juga bagus untuk wajah dan kulit. Ia membuatkan kulit anda menjadi sihat, lebih lembut dan wajah juga terhindar daripada masalah penuaan seperti kedutan-kedutan halus serta menghilangkan bintik-bintik hitam. Ianya bukan setakat elok diminum terus, tetapi boleh dijadikan sebagai alternatif masker. Asid laktat daripada yogurt dapat meluruhkan sel-sel kulit mati dan membuatkan kulit wajah menjadi lebih halus dan cerah.

3. Mencegah Bau Mulut

Jika anda ada masalah dengan bau mulut, yogurt dapat membantu anda mengatasinya. Minumlah yogurt pada setiap hari agar nafas anda berbau segar dan membantu membersihkan bakteria dalam mulut. Bakteria yang ada di dalamnya juga membantu melawan bakteria yang menyebabkan bau mulut serta plak gigi.

4. Kaya Dengan Vitamin

Anda boleh memperoleh pelbagai nutrisi dan vitamin seperti vitamin B3, vitamin B12 dengan hanya meminum yogurt pada setiap hari. Vitamin B12 menghasilkan energi, menjaga sistem saraf agar tetap sihat serta memastikan otak dapat bekerja dengan baik. Selain vitamin B, vitamin A juga terdapat pada yogurt yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata, kesihatan kulit dan membantu tubuh melawan infeksi.

5. Bagus Untuk Sistem Penghadaman

Ada di antara anda yang mengalami masalah apabila meminum susu sehingga menimbulkan diarhea. Yogurt adalah susu baik untuk sistem penghadaman kerana pada yogurt terdapat bakteria yang bermanfaat mengawal asid dalam perut dan usus. Jadi, bakteria sihat tersebut mencegah pelbagai penyakit yang melibatkan sistem penghadaman.

6. Membantu Menurunkan Berat Badan

Bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, jangan lupa mengambil yogurt pada setiap hari. Ia dapat menurunkan berat badan dengan cepat, selain meningkatkan massa otot dalam tubuh. Selain itu, yogurt juga dapat mengurangi kolesterol darah.

7. Melawan Penyakit

Kandungan yogurt yang mengandungi ‘probiotik’ bermanfaat untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit yang sedang menyerang tubuh anda.

‘Probiotik’ ini akan menghasilkan zat yang menghancurkan bakteria dan kulit yang boleh membuatkan anda jatuh sakit. Selain itu, ia juga mampu menurunkan bakteria yang beracun.

Di samping itu, boleh mengurangkan alergik, mencegah tumor, meningkatkan jumlah sel sistem ketahanan tubuh dan memberikan perlindungan pada zat kimia seperti merkuri dan radiasi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/