7 Makanan Atasi Sakit Sendi

Makanan Atasi Sakit Sendi
Makanan Atasi Sakit Sendi

Makanan Atasi Sakit Sendi

Adakah anda yang menderita sakit sendi, jangan main-main atau buat tak kisah walaupun sakit tersebut kerap menganggu aktiviti seharian anda. Jika terus dibiarkan lama kelamaan ia boleh mengundang kecacatan! Sendi yang sihat merupakan elemen penting untuk menyokong mobiliti dan fleksibiliti tubuh. Dengan sendi yang sihat, anda bebas melakukan aktiviti yang disukai.

Sakit sendi biasanya terjadi di lutut, siku, leher, kaki, bahu, dan pinggang. Sakit sendi kerap dialami oleh anda yang berusia 30 tahun ke atas dan mereka yang  mengalami kelebihan berat badan. Disebabkan berat badan yang berlebihan kecederaan mudah terjadi pada penyekat persendian di bahagian lutut dan pinggang. Selain itu, wanita yang sudah menopause dan mereka yang kerap bersenam dengan bebanan berat pada lutut juga mudah mengalami sakit sendi.

Sakit sendi boleh dicegah dengan meringankan beban kerja yang mengunakan persendian lutut, iaitu dengan cara menjaga berat badan, bersenam secara teratur dan menjaga postur tubuh. Di samping itu untuk menjaga kesihatan sendiri agar dapat berfungsi dengan baik, anda juga boleh melakukannya dengan pengambilanan makanan sihat yang baik untuk kesihatan sendi.

Berikut di bawah ini adalah 7 makanan yang baik untuk mencegah sakit sendi:

1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun sememangnya kaya dengan antioksidan, rendah kalori dan lemak. Minyak ini juga baik untuk kolesterol, jantung dan tulang. Minyak zaitun juga mampu mengurangkan peradangan, sakit sendi dan juga membantu anda menurunkan berat badan.

2. Sayuran Hijau

Telah terbukti sayuran hijau seperti bayam, brokoli, bawang serta halia boleh menyeimbangkan asid lemak Omega 3 yang boleh mengurangkan peradangan yang menjadi penyebab sakit tersebut. Untuk mengurangkan sakit sendi, anda disarankan menghindari karbohidrat olahan seperti pasta, roti, makanan bergoreng dan junk food.

3. Jus Oren

Jus oren mengandungi banyak vitamin C. Pengambilan vitamin C yang tepat boleh mencegah seseorang itu daripada degenerasi tulang yang merupakan penyebab sakit sendi.

4. Keluarga Buah Beri

Menurut kajian Journal of Agriculture and Food Chemistry, kandungan resveratrol yang diterdapat dalam family beri – cranberi, mulberi, blueberi, strawberi dan anggur merah mempunyai banyak manfaat, khususnya untuk kesihatan persendian, termasuk mengurangkan peradangan. Kandungan flavanoid di dalamnya juga telah terbukti melindungi sel endotel dari stress oksidatif dan mencegah peradangan yang jika dibiarkan dalam waktu yang lama boleh membahayakan sendi.

5. Sumber Tenusu

Sumber tenusu seperti keju dan yogurt merupakan sumber makanan yang kaya dengan kalsium, zinc, magnesium,dan kandungan vitamin dan mineral yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan mempertahankan kepadatan tulang. Pengambilan susu yang teratur juga bermanfaat untuk menurunkan risiko osteoporosis.

6. Whole Grain

Whole grain merupakan bahan makanan yang tergolong dalam bijirin seperti padi, gandum, beras merah dan jagung. Selain kaya dengan serat, bijirin juga baik untuk kesihatan sendi. Berdasarkan American Journal of Clinical Nutrition, whole grains mengandungi choline dan betaine yang bermanfaat untuk mencegah terjadinya inflamasi. Selain itu, bijirin juga kaya dengan mineral tembaga yang memain peranan penting dalam menjaga kesihatan sendi dan tulang.

7. Ikan

Ikan tuna dan salmon adalah contoh makanan sihat yang kaya dengan lemak essential yang baik untuk kesihatan. Kandungan lemak Omega 3 yang terdapat dalam ikan cukup untuk memenuhi keperluan lemak harian. Omega 3 juga telah terbukti sangat baik untuk sendi yang sihat. Asid lemak Omega 3 dapat mengurangkan peradangan sehingga dapat meredakan sakit sendi. Selain banyak terdapat pada ikan, asid lemak Omega 3 juga banyak terkandung dalam kacang-kacangan seperti almond dan kacang soya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/