7 Manfaat Morning Sex

morning sex
morning sex

morning sex

Sejauh mana anda dan pasangan anda memahami apa itu morning sex? Bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan? Kebanyakan orang akan memberi jawapan di malam hari. Tapi bukan malam yang sepi saja, pagi yang tenang dan segar juga boleh menjadi waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan. Bahkan, morning sex banyak manfaatnya yang ramai tidak tahu.

Berikut adalah 7 manfaat morning sex bagus untuk anda dan pasangan praktikkan untuk melakukan hubungan seks.

1. Hubungan Rumahtangga Berkekalan
Melakukan morning sex adalah suatu perkara yang jarang pasagan lain melakukannya. Dengan melakukannya, jangan terkejut jika pasangan tidak bosan dengan anda dan selalu rapat dengan anda.

2. Meningkatkan Kepercayaan Kepada Pasangan
Morning sex boleh jadi susah untuk dilakukan kerana besar kemungkinan anda mahupun pasangan bangun dalam keadaan wajah yang tidak cantik. Tapi jika anda jujur pada diri anda yang mana cinta tidak dilihat dari penampilan fizikal, anda telah menambah kepercayaan kepada pasangan anda.

3. Pengganti Senaman
Seperti bersukan, melakukan hubungan seks juga mampu membakar banyak kalori tubuh hinggakan kamu tidak perlu lagi jogging ataupun lari pada waktu untuk tubuh tetap sihat dan segar bugar.

4. Lebih Bertenaga
Setelah anda dan pasangan berehat dengan tidur, pagi hari sudah pastinya menjadi waktu yang menyegarkan. Ketika tenaga masih banyak, anda dan pasangan boleh melakukan seks singkat. Melakukan seks diwaktu pagi lebih berkualiti kerana anda tidak dalam keadaan penat.

5. Meningkatkan Imun Tubuh
Morning sex boleh meningkatkan imun tubuh dan membuatkan anda kelihatan awet muda dan berseri-seri. Ini juga terkait dengan kesihatan jantung kerana peredaran darah tetap lancar.

6. Meningkatkan Hormon Estrogen
Bagi wanita, melakukan hubungan seks diwaktu pagi adalah cara terbaik untuk mencantikkan kulit kerana peningkatan hormon estrogen. Ketika hormon ini meningkat, kulit menjadi lebih halus dan kencang serta rambut juga kelihatan lebih sihat dan bersinar.

Membuat Anda Lebih Bahagia
Secara semula jadi, tubuh akan menghasilkan lebih banyak endorfin setelah melakukan hubungan seks. Jika anda melakukan morning sex, mood anda akan lebih stabil sepanjang hari. Ini adalah bekal untuk menhadapi tekanan kerja.

Kesimpulannya, tidak kira waktu pagi, siang atau malam pun anda melakukan aktiviti seks dengan pasangan lakukannya dengan seikhlas hati dan sebaik mungkin untuk memuaskan pasangan anda. Tiada guna jika anda melakukannya pada pagi hari iaitu morning sex untuk mendapatkan manfaatnya tetapi hubungan seks tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan hati pasangan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/