7 Nasihat Rasulullah SAW

wasiat-rasulullah-kepada-sayyidina-ali-2-638

wasiat-rasulullah-kepada-sayyidina-ali-2-638

Rasulullah SAW adalah seorang insan yang sangat mulia dan tinggi budi perkerti semasa zaman remajanya. Oleh itu sebagai umat Islam yang beriman wajib kita mengamalkan sunnah dan mengikuti nasihat baginda. Rasulullah SAW hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Berikut dibawah adalah 7 nasihat Rasulullah SAW yang wajib kita ikuti dan patuhi.

1. Perbanyakkan bacaan ‘Laa Haula wala quwwata illah billah..’

tumblr_m876apAUgP1rcpca6o1_1280

Nasihat Rasulullah SAW supaya umatnya mengamalkan fadhilat kalimat ‘Laa Haula wala quwwata illah billah ini adalah kerana kalimat ini bermaksud sebagai simpanan kekayaan yang berlimpah ruah di syurga. Dengan ucapan La Haula wa La Quwwata illa Billah juga seseorang itu mampu menanggung beban kerja yang sangat sulit serta meningkatkan keyakinan diri ketika berjumpa dengan orang yang berpengaruh dan menolak kemiskinan. Kalimat ini juga boleh menghindarkan seseorang itu daripada bahaya dan penyakit dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya nasihat Rasulullah SAW ini adalah sangat berguna kepada kita sebagai umatnya dan haruslah kita mensyukuri nikmat Allah.

2. Menjadi Pembela Agama

Nasihat Rasulullah SAW yang kedua adalah berkaitan dengan sikap membela. Sebagai orang mukmin yang sejati kita haruslah bangkit membela agama Islam daripada dicela atau dicerca oleh orang kafir. Membiarkan orang kafir mencela agama Allah tanpa sebarang pembelaan bukan sahaja menyebabkan kita tidak dihormati dan sering ditindas oleh mereka malah kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

3. Menegakkan Kebenaran Dan Bersikap Adil

Zaman sekarang yang di mana fitnah amat berleluasa adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat nabi Muhammad SAW mengikut nasihat baginda supaya menegakkan kebenaran, mencegah kemungkaran dan bersikap adil. Bagi penguasa yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman haruslah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas, amanah, jujur dan adil.

4. Usah Meminta-Minta Atau Mengemis

Nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya usahlah meminta-minta atau mengemis sesuatu kepada sesiapa pun. Gunakanlah kudrat dan kesihatan tubuh badan untuk beramal ibadat dan melakukan pekerjaan demi mendapatkan sesuap nasi dengan cara yang halal. Tiada jalan mudah untuk seseorang itu berjaya melainkan dengan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

5. Mengeratkan Tali Silaturrahim

Nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya sambungkanlah tali silaturrahim sesama manusia dan jangan sesekali kita memutuskannya walaupun saudaramu itu berpaling darimu. Orang yang memutuskan tali silaturrahim adalah termasuk di dalam golongan orang yang rugi.

6. Menjaga Pandangan Mata

Nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya adalah supaya menjaga pandangan mata dari memandang kepada tempat-tempat maksiat, perkara-perkara negatif kerana ia akan menjejaskan amal ibadat dan menghakis keimanan di dada. Pandanglah orang yang dibawahmu dan jangan memandang orang yang diatasmu. Ia bermaksud supaya kita sentiasa mengingati orang-orang yang kurang bernasib baik, miskin dan susah. Menjadi kewajipan kita untuk menolong golongan ini bagi meringankan beban mereka.

7. Cinta Sesama Makhluk

Nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya iaitu cintailah sesama makhluk tidak kira sesama manusia ataupun binatang dan tumbuh-tumbuhan. Rasa cinta ini mempunyai definisi berbeza bagaimana kita bercinta dan memupuk kasih sayang sesama manusia tidak sama dengan rasa kecintaan kita manusia kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan yang lebih kepada sifat perikemanusiaan supaya kita tidak bersikap kejam dan melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini.

Dari Abdullah bin Amr

radhiyallahu ta’ala ‘anhu bahawa

Nabi shallallaahu’ alaihi wa sallam bersabda,

” Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat “

( HR. Bukhari )

 

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/