7 Peralatan Wajib Memasak

Peralatan Wajib Memasak
Peralatan Wajib Memasak

Peralatan Wajib Memasak

Makanan sihat sangat berkait rapat dengan proses memasak dan penyediaan yang bersih. Jangan sampai terlepas pandang dalam soal penyediaan makanan pula, ya. Peralatan wajib memasak yang digunakan untuk menyediakan makanan perlu diambil kira. Memasak kena bersih, sempurna bagi memastikan makanan yang disediakan terpelihara kandungan nutrisinya dan pencemaran juga dapat dielak.

Macam mana pun, anda wajib semak balik 7 peralatan wajib memasak yang perlu diambil perhatian ketika di dapur.

1. Bekas Makanan

Bekas makanan kaca atau plastik yang bebas BPA penting untuk anda memastikan penyimpanan makanan dalam keadaan baik. Bahan-bahan makanan juga tidak mudah tercemar dan kekal segar seperti potongan sayur, buah mahu pun lauk-pauk yang anda simpan untuk makan tengah hari atau malam.

2. Penimbang

Mungkin tak ramai ada alat ini di dapur kerana menganggap ianya tidak penting untu memasak, tetapi alat ini amat penting bagi anda yang sedang melalui program penurunan berat badan. Sangat berguna bagi memastikan jumlah bahan yang digunakan tepat untuk jadual pemakanan anda. Selain itu, ini perlu bagi memudahkan anda mencuba pelbagai resipi yang sesuai dengan komposisi makanan yang tepat.

3. Pengisar

Pengisar, peralatan wajib ada dalam memasak dan penyediaan makanan berkisar yang segar dan berkhasiat! Pengisar jus juga mesti ada di rumah. Memang anda boleh membeli jus di luar tetapi khasiatnya sangat kurang berbanding anda menyediakan sendiri di rumah. Oh, ya! Bersihkan peralatan pengisar dengan berus khusus supaya ia boleh mencapai segala kekotoran yang mahu dibersihkan. Kemudian, keringkan dengan sempurna.

4. Pisau Tajam

Guna pisau tumpul ketika memasak boleh menyebabkan bahan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging atau ikan hilang sarinya. Pisau seramik ternyata lebih tahan lama dan tak perlu diasah untuk satu jangka masa yang lama. Menjadi pilihan kebanyakan chef kerana membantu mengekalkan rasa, aroma, struktur atau warna makanan. Satu lagi kelebihan pisau seramik ialah ringan!

5. Papan Pemotong

Untuk memasak di dapur, tak cukup hanya satu pemotong tetapi tiga. Satu khusus untuk sayur-sayuran atau buah-buahan (lebih-lebih lagi yang dimakan segar), papan pemotong kedua untuk memotong daging atau ikan dan papan pemotong ketiga untuk kuih muih dan roti. Pengasingan ini membantu mengelakkan pencemaran bakteria salmonella yang mengganggu kesihatan. Papan pemotong yang diperbuat daripada kayu adalah pilihan sesuai dan tepat.

6. Kuali/Periuk Tak Lekat

Alatan ini juga membantu anda mengawal pemakanan kerana hanya beberapa titis minyak sahaja yang diperlukan ketika menggunakannya untuk memasak. Ada kalanya, langsung tidak diperlukan. Bagus untuk kesihatan anda, bukan?

7. Pengukus

Teknik mengukus ialah cara memasak terbaik penyediaan makanan sihat. Selain memelihara nutrisi makanan, ia juga membantu mengekalkan rasa asli makanan tersebut. Pastikan anda memilikinya di rumah untuk penyediaan makanan yang lebih sihat, okey!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/