7 Petua Elak Nafas Berbau

nafas berbau
nafas berbau

nafas berbau

Nafas berbau sememangnya satu masalah yang boleh menjejaskan imej seseorang yang selalu berdepan atau berurusan dengan ramai orang berkaitan dengan kerja. Ini kerana nafas berbau mendatangkan rasa ketidakselesaan bagi orang sekeliling malah nafas berbau juga boleh membuat kita rasa hilang keyakinan diri.

Faktor nafas berbau ini antaranya adalah perut kosong, tidak gosok gigi, tidak berkumur menggunakan listerine, air garam, ataupun ada masalah bakteria dalaman tubuh badan seseorang itu.

Namun begitu, masalah nafas berbau ini boleh dielakkan dengan beberapa petua.

Antaranya ialah ;

1. Makan Daun Sirih

Selain menguatkan gigi, orang yang makan daun sirih dan menjadikannya amalan seharian akan dapat terhindar daripada nafas berbau. Namun orang yang memakan daun sirih ini gigi mereka akan menjadi merah dan sedikit kekuningan.

2. Rajin Gosok Gigi

Mengosok gigi juga dapat menghilangkan nafas berbau. Hal ini kerana hilangnya sisa-sisa makanan yang busuk di celah-celah gigi. Amalkan menggosok gigi setiap kali selepas makan bukannya 2 kali sehari kalau boleh.

3. Minyak Tea Tree

Untuk mengelakkan nafas berbau caranya adalah dengan menambahkan 2 atau 3 titis minyak tea tree ke berus gigi dan gosok pada gigi anda.

4. Rempah Ratus

Antara rempah ratus untuk menghilangkan nafas berbau yang biasa digunakan adalah seperti kayu manis, cengkih atau daun mint. Mengunyah rempah untuk menghilangkan nafas berbau adalah cara yang lebih baik daripada mengunyah gula gula mint. Tetapi rasanya agak kurang sedap berbanding gula-gula mint.

5. Baking Soda

Selain untuk menghilangkan jerawat , baking soda dapat digunakan untuk menghilangkan bau mulut. Caranya cukup menaburkannya di berus gigi, tambahkan sedikit air dan gosokkan ke gigi Anda. Akhiri dengan kumur- kumur hingga bersih

6. Berkumur Menggunakan Air Garam Atau Listerine

Berkumur dengan campuran air garam atau listerine juga dapat menghilangkan nafas berbau dari dalam. Air garam juga dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit tekak.

7. Buah Lemon

Cara menggunakan lemon untuk menghilangkan nafas berbau adalah dengan memerah lemon tersebut bersama dengan air garam. Seterusnya, anda berkumur dengan menggunakan air campuran lemon tadi.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan mulut adalah penting bagi mengelakkan sakit gigi akibat gigi yang rosak dan juga bagi mengelakkan nafas berbau. Ini penting bagi menjaga imej kita bila berhadapan atau bergaul dengan orang ramai di samping menambahkan keyakinan diri.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/