7 Petua Halau Tikus

Petua Halau Tikus
Petua Halau Tikus

Petua Halau Tikus

Adakah anda fobia akan kehadiran makhluk yang bernama tikus? Jangan risau admin akan kongsikan cara halau tikus. Tikus merupakan sejenis binatang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar pun hanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!

Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat. Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis.

Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun, perangkap dan penghalau tikus elektrik. Tetapi kita juga boleh menggunakan cara atau petua semulajadi untuk mengusir dan menghalau tikus ini daripada bermaharajalela di dalam rumah.

Berikut di bawah ini ada 7 petua menghalau tikus  yang boleh anda cuba:

1. Buah Durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan haiwan ini berasa gerun sehingga terketar-ketar kepala lututnya untuk jejakkan kaki lagi di kediamanan anda.

2. Cat BadanTikus

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuat kawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda. Dah macam ikut stail Along ar pulak main simbah-simbah cat.. Hihihi

3. Kapur Barus (Dryobalanops Aromatica)

Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana haiwan ini sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

4. Daun Pandan

Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai olehnya sebab tikus hanya suka bau minyak wangi CK dan DKNY saje. Hihihi

5. Kucing

Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama bagi tikus! Kadang-kadang ade gak kucing yang penakut jumpa tikus bukan tikus yang lari dia yang lari melompat-lompat.. kalau yang tu kucing bandar gedik namanya bukan kucing kampung yang lasak selalu mandi sungai, panjat pokok dan tangkap spider..hehe admin gurau jek,, jangan marah aaaa..

3. Buah Mengkudu

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potongkan mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan haiwan ini lari tak cukup tanah macam nampak hantu pergi dari rumah.

4. Minyak Mint

Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (Mentha Codifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Kompem dia tak kan datang lagi punya sebab dia tidak menggemari bau mint apatah lagi mau mengunyah chewing gum yang berperisa mint. hehe

Kesimpulannya

Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir haiwan pembawa penyakit tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri. Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!

Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari. Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang perosak dan pembawa penyakit ini!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/