7 Petua Rawat Angin Pasang

bayi comel

bayi comel

Kita kerap mendengar kes-kes angin pasang atau lebih dikenali sebagai Inguinal Hernia berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak. Kes angin pasang kanak-kanak berlaku dengan kekerapan 3 – 5 kes dari setiap 100 kelahiran, atau bersamaan 3- 5%.

Ia lebih kerap berlaku untuk anak lelaki berbanding perempuan dan 60% daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. 10-15% kes melibatkan kedua dua belah (bilateral). Kes kes angin pasang lebih kerap berlaku pada anak-anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40-55% disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Apakah penyebab penyakit ini terjadi?

Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis. Selaput processus Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.

Penyakit Angin Pasang

Penyakit Angin Pasang

Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah besar, (keadaan angin pasang atau Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Berikut di bawah ini adalah 7 petua untuk menghilangkan penyakit angin pasang :

1. Sapukan Vicks

Bagi bayi lelaki, sebaik-baiknya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit angin pasang.

2. Daun Sirih

Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan disapu sedikit dengan minyak kelapa. Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).

3. Jintan

Gunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain (seperti ikatan sup bunjut adabi). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.

Angin Pasang

4. Lada Hitam Dab Biji Sawi

Tuam guna lada hitam atau biji sawi yang telah digoreng di dalam kuali tanpa minyak. Kemudian bungkuskannya dengan menggunakan kain baru dan tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ini dilakukan setiap hari selepas memandikan bayi pada waktu pagi atau petang

5. Campuran Pasir Dan Halba

Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk. Jangan dipanaskan lama-lama, nanti terlalu panas tidak sesuai untuk bayi panaskan dalam 1 hingga 2 minit. Kemudian, masukkan dalam kain, buat macam bunjut dan ikat terus tuam perut bayi dengan telur zakarnya sekali secara menaik maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas menggunakan bunjut tadi

6. Selawat

Celupkan daun sirih dalam air suam pastu selawat dan tekapkan pada kawasan kemaluan bayi. Kemudian urut secara menurun dari pinggang (buat dalam keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkang bayi dan gunakan minyak bayi supaya bayi selesa.

7. Jintan Hitam

Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam (boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit angin pasang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/