7 Petua Rumahtangga Harmoni

Rumahtangga Harmoni
Rumahtangga Harmoni

Rumahtangga Harmoni

Sememangnya ia bukan mudah untuk memastikan rumahtangga harmoni dan ikatan kekeluargaan itu sentiasa dalam keadaan baik kerana ibarat pepatah sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pula suami isteri. Tidak semestinya usaha sekecil itu untuk memastikan rumahtangga harmoni dan kegembiraan keluarga tidak bermakna, malah selagi ada usaha pasti ada hasilnya.

Ianya bukan harta atau kekayaan yang dapat memberi kebahagiaan dan membuatkan rumahtangga harmoni dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tetapi keharmonian, tolak ansur, saling maaf memaafi dan kasih sayang yang dapat menjamin hubungan itu berkekalan hingga ke penghujungnya.

Admin akan kongsikan 7 petua rumahtangga harmoni dan perkara yang ramai anggap remeh yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan kebahagiaan dalam rumahtangga anda dan pasangan.

1. Utamakan Hubungan Perkahwinan.

Family is number ONE ! Ia umpama satu peraturan atau petua rumahtangga harmoni yang paling penting dalam sesebuah perhubungan adalah mengutamakan hubungan perkahwinan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai masa lapang, utamakan untuk meluangkan waktu bersama si dia terlebih dahulu daripada perkara lainnya.

2. Bersikap Jujur.

Tuliskan nota cinta di atas sekeping kertas atau mungkin melalui e-mel sudah boleh memberitahu si dia akan perasaan cinta anda padanya. Kongsikan padanya segala kebahagiaan yang si dia berikan kepada anda, tuluskan pernghargaan atas segala pengorbanannya atau mungkin jelaskan harapan dan perancangan masa hadapan yang anda dan pasangan inginkan agar rumahtangga harmoni. Dan setahun sekali, jangan lupa untuk memperbaharui komitmen kalian dalam perhubungan serta sambut ulang tahun perkahwinan dengan membawa si dia ke tempat percutian romantik.

3. Ucap Terima Kasih

Mungkin kita tidak perasan yang kita sering mengucapkan terima kasih pada orang lain, namun tidak pada pasangan kita. Untuk mengelakkan dari masalah tidak mengambil berat antara satu sama lain, cuba untuk berikan tanda penghargaan kepada pasangan sekurang-kurangnya sehari sekali. Cukuplah dengan ucapan terima kasih sudah boleh membuat pasangan rasa dihargai dan rumahtangga harmoni.

4. Kembalikan Memori Indah.

Membakar kek dari hasil tangan sendiri, menghadiahkan sejambak bunga, meninggalkan nota cinta di dalam tas kerjanya atau mungkin tinggalkan mesej melalui peti simpanan suara melalui telefon bimbit. Bukan hanya boleh mengembalikan memori indah kala baru sahaja bersama, malah sekaligus mengimbas kembali saat bahagia kala bulan madu kalian. Pastinya perasaan cinta dan kasih itu segar semula dan membuatkan rumahtangga harmoni.

5. Aktif Bersama-Sama.

Bagaimana hendak pastikan si dia turut serta aktif bersama? Mungkin dengan meminta pertolongan di taman rumah anda, mengubah suai dekorasi kamar tidur, atau mungkin anda ingin merasakan hasil tangannya melalui masakan. Ianya peluang baik untuk anda menghabiskan waktu bersama dengan lebih bermakna.

6. Hormat Menghormati Dan Beri Pujian 

Tidak kira sama ada berada di parti, janji temu bisnes atau hanya bersiar di pusat membeli belah, berikan si dia signal yang anda sentiasa mengambil berat. Pegang erat tangannya, beri pujian, senyuman atau mungkin dakap si dia di sisi pasti buatkan hatinya bahagia bersama anda dan sekaligus membuatkan rumahtangga harmoni. Hormati pasangan dengan elakkan membuat lawak sinis yang boleh memalukan pasangan anda di hadapan khalayak ramai mahupun teman rapat kalian.

7. Tanya Soalan Dengan Baik.

Pastikan anda menyoal dengan tutur kata yang baik agar ia tidak mengundang salah faham. Sebagai contoh, jika anda memerlukan pertolongan si dia ketika di dapur, cuba untuk bertanya dengan penuh kelembutan dan kemesraan agar apa yang diminta itu tidak bertukar menjadi paksaan atau arahan. Juga jangan lupa untuk tunaikan janji anda jika sudah bersetuju akan permintaannya. Gagal untuk menepati janji buatkan keharmonian rumahtangga itu berkurangan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/