7 Petua Seri Pengantin

Seri Pengantin
Seri Pengantin

Seri Pengantin

Seri pengantin ketika bersanding untuk pengantin baru pasti ingin nampak cantik atas pelamin ketika melangsungkan hari yang bersejarah. Namun tidak semua orang bakal pengantin baru yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan menitikberatkan soal seri pengantin ini.

Lebih awal anda memulakan rutin penjagaan diri, lebih baik kerana seri pengantin untuk anda nampak cantik sememangnya mengambil masa untuk menunjukkan kesan. Namun jangan gusar, admin ada kongsi 7 petua seri pengantin untuk anda menjaga diri tiga bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

1. Badan

Gunakan losyen badan selepas mandi. Pasti anda mahu kelihatan cantik dan seri pengantin tidak pudar di mata suami pada malam pertama. Jaga bahagian-bahagian tertutup seperti ketiak dan bahagian pelipat. Biasakan diri dengan wangian yang sesuai dengan personaliti diri agar dapat meningkatkan keyakinan diri.

2. Mata

Amat penting untuk memastikan kulit di sekitar mata tiada tanda kedut mahupun lingkaran hitam yang sukar untuk hilang dalam sekelip mata! Justeru, amalkan pemakaian krim mata dan pupur mata pada waktu malam sebelum tidur. Pastikan juga anda sentiasa terhidrat kerana kurang minum air masak menjadikan lingkaran hitam semakin ketara. Juga buat anda yang ingin menggunakan kanta lekap, biasakan diri tiga bulan sebelum majlis perkahwinan untuk menaikkan seri pengantin. Jangan pula baru nak mencuba pada hari penting nanti. Gusar kesan iritasi atau mata kemerahan kerana tidak biasa. Anda perlu rasa selesa.

3. Krim SPF Dan Alat Solek Yang Betul

Sentiasa gunakan krim SPF ketika keluar rumah. Pasti anda tidak mahu kulit berbelak dan rosak. Jangan tukar nama jenama alat solek yang lain pada waktu ini, bimbang jika ia tidak sesuai untuk anda dan menjadikan kulit anda bermasalah.

4. Rutin Membersih Wajah

Amalkan membersihkan wajah dengan betul dimana langkahnya terdiri daripada mencuci, scrubtoner, penggunaan serum serta penggunaan krim malam dan siang. Jangan ambil ringan kerana wajah yang bersih menampilkan solekan yang lebih mulus untuk menaikkan seri pengantin ketika anda di atas pelamin nanti.

5. Jari, Tangan Dan Kuku

Jari tangan adalah aset penting di mana cincin disarung dan pasti ia menjadi tumpuan lensa kamera. Kuku boleh diubah bentuk menjadi cantik dalam masa tiga bulan jika anda tahu bagaimana membentuknya dengan baik kerana ia cepat tumbuh semula. Gunakan krim atau losyen tangan setiap hari sehingga hari tarikh penting perkahwinan anda.

6. Rawatan Wajah

Selain menjadikan wajah lebih bersih, ia memberi peluang untuk anda berehat daripada penat lelah membuat persiapan perkahwinan. Tidak semestinya perlu ke salun setiap minggu. Gunakan pupur wajah yang dibuat sendiri atau jenama kegemaran anda di rumah untuk menaikkan seri pengantin pada wajah anda.

7. Gigi

Gigi yang putih berseri menyumbang kepada ukiran senyuman yang manis dan seri pengantin. Buat rawatan di klinik gigi yang bersesuaian serta berus gigi setiap kali selepas makan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/