7 Punca Tangan Kebas

Punca Tangan Kebas
Punca Tangan Kebas

Punca Tangan Kebas

Masalah tangan kebas boleh terjadi dan juga pada mana-mana bahagian badan. Kebiasaannya kebas akan terjadi di bahagian tangan, jari dan kaki. Jangan ambil ringan, masalah tangan kebas kerana ia berpunca daripada pelbagai faktor dan boleh menjadi antara tanda-tanda penyakit kronik.

Rasa tangan kebas akan hilang setelah anda goyangkan atau urut tangan tetapi rasa kebas tetap akan datang kembali. Pesakit akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke bahagian atas lengan, bahu atau bahagian tapak tangan dan jari, terutamanya selepas anda menggunakan tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat. Tangan kebas boleh melemahkan tangan dan kadangkala objek yang anda pegang mudah terjatuh.

Anda akan kerap berasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking.Tangan kebas akan kerap terjadi apabila anda sedang memandu, memegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan ketika bangun dari tidur.

7 Punca Tangan Kebas 

1. Menaip Terlalu Lama

Penggunaan tangan yang berlebihan seperti kerja menaip.

2. Kendali Jentera Berat Tanpa Rehat

Mengendali jentera berat atau mesin yang bergetar secara berterusan di kilang.

3. Gangguan Hormon

Penyakit lain yang disebabkan oleh gangguan hormon seperti diabetes, tiroid, monopaus dan juga mungkin disebabkan oleh takungan cecair dalam tubuh badan wanita hamil.

4. Kecederaan Lama

Pergelangan tangan yang pernah cedera.

5. Jantina

Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki.

6. Faktor Usia

Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

7. Tangan Bengkok Ketika Tidur

Kebiasaannya pergelangan tangan seseorang akan berada dalam keadaan bengkok ke dalam semasa kita tidur, dan ini akan menyebabkan tekanan pada saraf bertambah serius.

Cara Mencegah Dan Merawat Tangan Kebas

  • Lebihkan masa rehat untuk tangan.
  • Suntikan anti-radang. Suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
  • Pemakaian ‘night splint’ iaitu sejenis orthosis daripada jenis thermoplastic bagi mengelakkan pengelangan tangan daripada terbengkok secara tidak sedar semasa pesakit tidur
  • Pesakit juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan radang atau kebengkakan di kawasan yang terlibat.
  • Pembedahan mungkin perlu dilakukan apabila splinting dan fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di dalam pergelangan tangan pesakit.
  • Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal di pergelangan tangan untuk mengurangkan tekanan.
  • Kaedah endoskopik di mana pembedahan dilakukan dengan menggunakan alat endoskopi dan kamera. Ia hanya melibatkan 2 atau 3 luka kecil bersaiz 1 cm bagi membebaskan saraf ini. Namun, ia hanya dilakukan di pusat perubatan tertentu sahaja di Malaysia.

Kesimpulannya

Jangan memandang remeh jika anda mengalami simptom kebas tangan ini. Jika dibiarkan, saraf pada bahagian tangan boleh rosak dan otot boleh menjadi kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan anda dengan bebanan yang tidak sepatutnya. Jauhi segala punca yanga menyebabkan tangan kebas. Semoga tangan anda mampu berfungsi dengan sebaik mungkin.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/