7 Sebab Jangan Bandingkan Pasangan

bandingkan pasangan
bandingkan pasangan

bandingkan pasangan

Pasangan atau pun isteri adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk hidup bersama kita. Walau sebesar mana kekurangan dan seburuk mana pun perangai pasangan, kita harus menerima diri mereka seadanya dan pada masa yang sama membimbing pasangan ke jalan yang direhai Allah.

Kali ini admin ingin berkongsi 7 sebab mengapa anda jangan bandingkan pasangan dengan orang lain.

Lihat di bawah ini ;

1. Kebaikan Bersama

Sebab yang paling penting sekarang adalah dengan menjalani hubungan bersama pasangan yang ada pada masa kini demi kebaikan bersama di masa hadapan. Kerana apa yang dimiliki sekarang membawa pengaruh yang lebih besar untuk pencapaian di masa depan.

2. Perasaan Sayang Tidak Boleh Diukur

Perasaan sayang tidak boleh diukur juga tidak boleh dibanding. Anda harus faham bahawa pasangannya bukan sesuatu yang  oleh dibandingkan mereka juga manusia biasa yang pasti tidak terlepas dari berbuat sesuatu kesalahan namun mereka pasti mempunyai keunikan masing-masing.

3. Perasaan Tidak Boleh Dihitung

Anda harus sedar bahawa setiap perhubungan yang dijalinkan tidak pernah sama. Dalam hidup berpasangan mesti harus ada persefahaman kerana ianya melibatkan perasaan dan bukannya sesuatu yang boleh dihitung dengan cara membuat perbandingan.

4. Bersikap Matang

Anda harus bersikap matang untuk menerima hakikat bahawa hubungan yang lepas sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Oleh itu hubungan yang lalu seharusnya usah dikenang sekiranya anda membuat keputusan untuk memulakan kehidupan dengan pasangan yang baru.

5. Curahkan Kasih Sayang Setulus Hati

Curahkan kasih sayang setulus hati terhadap pasangan bukan atas dasar kemiripan dengan bekas pasangan. Pastinya pasangan anda akan menjadi mangsa kerana ditipu dan pada masa yang sama anda juga menjadi mangsa kerana membiarkan diri anda hidup di dalam bayang-bayang masa lalu.

6. Pasangan Punyai Keistimewaan Dan Keunikan Tersendiri

Setiap orang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Mungkin pasangan anda sekarang  mempunyai daya tarikan yang berbeza dari orang lain. Yang perlu anda lakukan ialah dengan memberi ruang untuk menunjukkan keistimewaan dirinya.

7. Letakkan Diri Di Tempat Pasangan

Walaupun rambut sama hitam, tetapi hati berlainan malah perasaan juga berbeza cara pasangan melihat anda. Mungkin pasangan anda menyayangi anda tetapi nilainya tidak sama. Jadi sebelum membandingkan pasangan dengan orang lain, fikirkan dulu bagaimana rasanya jika anda pula diperbandingkan.

Setelah anda mempunyai pandangan yang mendalam tentang apa yang anda miliki sekarang dan betapa penting untuk anda mensyukurinya. Lambat laun anda akan faham setiap hubungan itu terdiri daripada dua perasaan, ketika itu anda sudah memilikinya, maka anda harus menjaganya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/