7 Senaman Tambah Ketinggian Tubuh Badan

Senaman Tambah Ketinggian
Senaman Tambah Ketinggian Tubuh Badan

Senaman Tambah Ketinggian Tubuh Badan

Melakukan senaman untuk tambah ketinggian tubuh badan merupakan salah satu cara nak tambah ketinggian dengan cepat jika di amalkan. Ada beberapa latihan yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan tambah ketinggian tubuh badan. Lakukan senaman tambah ketinggian tubuh badan berikut untuk mendorong pertumbuhan, memanjangkan tulang belakang, meningkatkan fleksibiliti dan memperkuatkan otot-otot perut.

Senaman untuk tambah ketinggian tubuh badan ini adalah senaman yang biasa dilakukan olet atlit-atlit sukan yang terkenal dan rutin tidaklah susah sangat cuma apa yang penting perlu ada disiplin dan kesungguhan semasa melakukannya. Anda boleh pilih salah satu senaman yang paling sesuai dengan diri anda untuk tambah ketinggian tubuh badan yang akan admin kongsikan seperti dibawah nanti. Dan yang paling penting, anda mestilah melakukannya dengan teratur dan konsisten.

Berikut adalah 7 senaman untuk tambah ketinggian tubuh badan yang boleh anda lakukan.

1. Berbasikal

Gerakan mengayuh basikal membuatkan jari kaki terus mencapai pedal. Ini merupakan peregangan yang boleh membuatkan kaki menjadi lebih panjang. Lakukan sekitar 10-15 minit.

2. Lompat Tali

Senaman ini paling menyeronokkan. Apatah lagi, jika anda melakukannya sambil mendengar muzik menghentak. Lakukan sebanyak 300 kali setiap hari.

3.  Bergayut

Gunakan penahan atau ambang pintu  yang tinggi.  Awali posisi dengan berdiri lalu biarkan tubuh bergayut. Posisi kaki mestilah lurus, dan ayunkan badan. Lakukan gerakan ini paling kurang 10 kali dalam sehari.

4.  Lari Cepat Jarak Pendek

Senaman ini bermanfaat meningkatkan pelepasan hormon pertumbuhan. Penekanan pada otot kaki sepanjang senaman memberikan pemanjang pada tulang dan otot. Sungguhpun begitu, jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot dan buku lali.

5.  Menendang

Berdiri dengan kali lebar dan angkat satu kaki kemudian lakukan gerakan menendang. Ulangi, minimum 20 tendangan pada satu kaki dan kemudian beralih ke kaki yang satu lagi.

6.  Melompat

Berdiri di depan bangku atau tangga yang ukurannya tidaklah terlalu tinggi. Mulai, lompat dengan satu kaki dalam sepuluh kiraan. Kemudian, ulangi dengan kaki yang satu lagi.  Lakukan gerakan melompat hingga tiga kali.

7.  Berenang

Senaman ini sangat efektif untuk membuat tubuh fit dan lebih fleksibel. Lakukan renang gaya dada dan lakukan minimum 20 minit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/