7 Sikap Budak Nakal

Sikap Budak Nakal
Sikap Budak Nakal

Sikap Budak Nakal

Istilah Budak nakal atau naughty boy sering dikaitkan dengan lelaki yang suka mengurat dan mengacau perempuan tidak kira sama ada statusnya masih bujang atau sudah menjadi isteri orang. Kadang-kadang gelaran budak nakal masih melekat lagi sehingga sekarang kerana perangainya yang lama itu.

Lelaki biasa dikaitkan dengan perangai budak nakal secara semulajadi tetapi tidak pada lelaki yang pendiam dan pemalu. Namun begitu, tidak bermakna golongan lelaki jahat. Itu adalah satu sikap natural seorang lelaki yang perlu anda sebagai wanita di luar sana tahu. Untuk menjadi budak nakal untuk berjaya memikat hati gadis idaman tidaklah susah, tetapi tidak juga senang.

couple-blusher-seduction_pwnw

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 7 sikap budak nakal yang sangat disenangi oleh gadis-gadis di luar sana apabila anda cuba mengayat mereka.

1. Selalu Senyum

Raut wajah yang manis dengan senyuman juga adalah cara terbaik untuk membuktikan anda seorang budak nakal yang baik hati dan perlu didekati. Walaupun punya raut wajah ganas, berikan sedikit senyuman agar cinta mudah terpaut di hati. Tahukah anda, senyuman nakal seorang naughty boy mampu membangkit aura kelelakian pada wanita.

come-sedurre-una-donna-armi-seduzione-seduzione-saper-sedurre

2. Pandai Buat Lawak

Nama pun budak nakal, lawak dan cerita dongeng adalah bahan terbaik untuk mereka ceritakan. Selitkan unsur humor dalam setiap kali perbualan, biarkan komunikasi anda sentiasa ada nilai keceriaan. Namun awas jangan sesekali buat lawak bodoh, nanti kepala anda yang akan diketuk.

3. Bergaya

Tidak dinafikan budak nakal ini pandai dalam soal berfesyen kerana mereka mahu berterusan dilihat seperti seorang yang sempurna dan segak. Jika anda bukan lelaki sedemikian, cuba dekati serta dalami apa kehendak fesyen semasa agar si gadis tidak melabel anda ‘mat rock’ yang selekeh.

article-2572757-1C06851300000578-637_634x476

4. Yakin

Keyakinan yang terdapat dalam diri seorang lelaki membuatkan wanita mudah tertarik. Usah ambil pusing pada pendapat orang, lontarkan kata cinta anda jika benar-benar sukakannya. Jangan takut untuk mendekati perempuan kerana lelaki yang terlalu lurus akan teragak-agak untuk berbuat sedemikian. Sebagai lelaki yang dianggap naughty boy, anda perlu lebih agresif dan cepat bertindak.

5. Mulut Manis Dan Ayat Power.

Cuba mulakan perbualan dengan topik yang ringan terlebih dahulu, jangan gelojoh untuk terus meminta nombor telefon si dia. Borak kosong adalah cara budak nakal paling digemari si gadis, elak perbualan mengenai politik, pelajaran yang sememangnya membosankan. Kongsi secara natural, jangan tonjolkan ciri terlalu berusaha. Hayati saat-saat bertemu dengan luahan ayat power tangkap leleh yang sememangnya tidak mengecewakan itu.

1933580-xsmall

6. Penyelamat

Jadilah pahlawan dan penyelamat kepada si dia. Budak nakal yang baik tidak semestinya hanya pada bentuk fizikal sasa semata, sebaliknya anda perlu menunjukkan kemampuan dalam menyelamatkannya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pasti si gadis akan terhutang budi dan balasannya anda berjaya memikat hatinya. Jangan jadi pengecut, buktikan anda juga hebat seperti seorang karakter Adiwira.

7. Mat Jiwang

Budak nakal ini kebiasaannya pandai bermain alat muzik. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari sahaja. Hebat berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya. Lebih jiwang, anda hadiahkan kepadanya sesuatu yang tidak pernah dijangka. Jangan terlebih pula, nanti jijik pula si dia.

13-Lusty-Signs-of-Sexual-Attraction-to-Keep-an-Eye-On

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/