7 Suasana Romantis

Romantis
Romantis

Romantis

Mencipta suasana romantis bersama pasangan tidak semestinya ketika hanya berlaku di atas ranjang, sambutan hari jadi atau pun sambutan ulangtahun perkahwinan sahaja. Dalam menjalani kehidupan seharian juga boleh dianggap satu suasana yang cukup romantis seandainya aktiviti tersebut dilakukan bersama-sama pasangan yang mempunyai minat yang sama.

Merangsang dan membangkitkan ghairah pasangan untuk mendapatkan suasana romantis tidak semestinya berlangsung di kamar tidur sahaja atau dilakukan beberapa minit sebelum hubungan seks berlangsung. Sebenarnya, setiap pasangan perlu kreatif dan punya taktik tersendiri untuk mewujudkan suasana romantis dan meningkatkan daya tarikan pasangan.

Pada artikel kali ini admin ingin kongsi 7 idea untuk mewujudkan suasana romantis dan aktiviti ‘seksi’ untuk anda dan pasangan.

1. Makan Malam

Biasanya anda dan pasangan akan meluangkan masa menikmati makan malam yang romantis di restoran istimewa pada hari istimewa sahaja seperti hari ulang tahun kelahiran, Hari Kekasih mahupun ulang tahun perkahwinan. Sesekali tiada salahnya jika anda pergi menikmati makan malam di luar, di restoran mewah. Suasana yang romantis boleh membangkitkan keinginan bersama. Bual bicara sementara menunggu hidangan tiba juga menjadi ‘kunci’ pembuka hubungan di bilik tidur nanti. Anda hanya perlu bijak memilih topik yang ‘seksi’ untuk dibincangkan.

2. Cuci Kereta

Di petang minggu, anda dan pasangan boleh luangkan masa bersama mencuci kereta. Aktiviti yang jarang dilakukan bersama boleh jadi aktiviti paling menyeronokkan dan romantis. Apabila tubuh terkena percikan air, ia boleh menterjemahkan penampilan seksi. Imaginasi ‘nakal’ dan romantis boleh disuntik kala melihat pasangan dalam keadaan begitu.

3. Membeli-belah

Lelaki sebenarnya suka membeli-belah. Cuma yang mereka kurang senang ialah kena  menunggu berjam lamanya. Jadi, apa kata anda bawa pasangan anda membeli-belah bersama. Untuk mencipta suasana romantis, apa kata anda berikan dia peluang untuk memilih sendiri lingerie atau bra untuk anda. Begitu juga sebaliknya, apa kata anda yang buat pilihan pakaian dalam atau boxer untuknya pula.

4. Masak Bersama

Memasak bersama pasangan juga boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan dan mungkin juga romantis. Ia merapatkan hubungan suami isteri dan anda sendiri tidak perlu bimbang soal rasa kerana masakan suami akan merungut kerana dia turut serta menyediakannya. Mahu idea yang romantis? Apa kata buat permintaan kepada suami anda supaya dia menggayakan apron secara topless dan celana pendek sahaja.

5. Bersenam

Ada wanita berasa teruja pabila melihat lelaki dibasahi keringat. Pada mata mereka lelaki sungguh seksi dan romantis dalam keadaan begitu. Malah ada yang boleh ghairah dengan bau peluh itu. Jadi, apa kata anda ajak suami berjoging pada waktu lapang. Selain meningkatkan tahap kesihatan serta merapatkan hubungan, ia juga boleh menaikkan tarikannya pada anda.

6. Menonton DVD

Luangkan masa menonton filem bersama. Lebih elok jika anda memilih kisah cinta atau romantis (bukan porno). Bait-bait skrip dan mainan lagu latar filem yang ditonton mungkin akan menaikkan mood untuk anda bersama. Mahu jadikan hubungan seks lebih menarik? Anda berdua mungkin boleh menjiwai watak aktor yang anda baru tonton tadi.

7. Menari

Pernah menonton filem Dirty Dancing? Oh, gerak tari di dalam filem tersebut benar-benar seksi. Anda juga boleh menari romantis seperti Patrick Swayze dan pasangannya, Jennifer Grey. Apa sahaja jenis tarian pilihan anda, tidak menjadi soal. Asalkan anda berdua seronok melakukan gerak tari menurut muzik yang dimainkan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/