7 Tabiat Tingkat Sistem Imun

Sistem Imun Tubuh Badan
Sistem Imun Tubuh Badan

Sistem Imun Tubuh Badan

Apa itu sistem imun badan? Sistem imun badan adalah sesuatu daya tahan tubuh atau antibodi yang bekerja untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan virus dan bakteria. Ketahanan sistem imun badan bergantung pada banyak faktor antaranya ialah pemakanan.

Apa yang anda makan, sikap dan berapa kerap anda bersenam, segalanya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun tubuh badan dan melindungi tubuh dari penyakit.

Di bawah ini admin senaraikan tabiat atau sikap semulajadi yang sebenarnya membantu dalam meningkatkan sistem imun badan seseorang itu daripada terkena jangkitan penyakit.

1. Elak Kesejukan

Jangan biarkan diri anda terlalu kesejukan kerana pastinya ia akan membuatkan sistem imun badan lemah dan mudah diserang penyakit. Keadaan cuaca yang terlalu sejuk boleh mengakibatkan kurangnya sel darah putih yang melawan sebarang pencerobohan bakteria dan virus dalam badan.

2. Rehat Secukupnya

Kesederhanaan adalah kunci kesihatan. Jika anda bekerja selama 90 minit penghasilan sel yang menyerang bakteria masuk ke dalam badan  yang juga dipanggil macrophages terhenti sementara dan meningkatkan risiko untuk dijangkiti penyakit adalah tinggi. Jadi, banyakkanlah berehat buat tubuh untuk menggalakkan keaktifan sistem imun tubuh badan.

3. Aktif Bersenam

Sistem imun tubuh badan bertindak balas kepada senaman yang dilakukan dengan menghasilkan lebih banyak sel darah yang melawan bakteria jahat. Jadi, semakin kerap kita bersenam, tubuh akan lebih lama kekal sihat sepanjang masa.

4. Ketawa

Tahukah anda bahawa dengan ketawa ianya sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh di samping menceriakan mood? Ia benar kerana ia boleh menaikkan tahap antibodi dalam saliran darah merah dan darah putih yang menyerang dan membasmi bakteria serta virus. Ia juga mampu meningkatkan amaun antibodi di dalam mukus yang terhasil di dalam rongga hidung dan saluran pernafasan.

5. Menyanyi

Sebuah kajian yang dijalankan ke atas sekumpulan koir dari German mendapati  bahawa dengan cara menyanyi boleh meningkatkan daya ketahanan sistem imun badan, mengaktifkan sistem limpa serta membantu meningkatkan kepekatan antibodi darah.

6. Kurangkan Gula

Hanya dengan 10 sudu teh gula iaitu sama dengan dua tin air berkarbonat boleh mengakibatkan sel darah putih lemah dalam bertindak sebagai pembasmi bakteria yang menyerang tubuh.

7. Makan Ikan

Sardin dan ikan kembung adalah antara jenis ikan yang kaya dengan protein. Ianya penting dalam membina sel tubuh dalam membanteras virus dan sebarang bakteria. Ikan yang kaya dengan Omega-3 juga baik dalam mengaktifkan sistem imun. Ketika tubuh diserang, radang akut adalah pertama sekali yang bertindak balas. Tetapi Omega-3 mampu mengurangkan penghasilan radang dan sekaligus meningkatkan antiradang. Ia juga bertindak sebagai penawar dan membantutkan kewujudan sel kanser.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/