7 Tanda Cemburu Buta

Cemburu Buta

Cemburu Buta

Cemburu Buta

Sikap cemburu buta di dalam perhubungan adalah sesuatu yang patut diatasi kerana jika dibiarkan berlarutan sikap cemburu buta ini akan menyebabkan anda dan kekasih bergaduh besar sehingga berpisah. Begitu juga kesannya bagi pasangan yang sudah berkahwin jika sikap cemburu buta ini tidak dibendung ia akan membawa kepada keruntuhan rumahtangga yang dibina. Dan lebih menyedihkan lagi anak-anak akan menjadi mangsa akibat penceraian yang berlaku.

Kadang-kadang lelaki ada masanya yang di mana perasaan cemburu buta itu dipendamkan tanpa memberitahu diri anda. Ianya antara jelas atau tidak sahaja kerana secara umum lelaki tidak suka berkongsi dan boleh menyebabkan ianya menjadi luahan perasaan yang membuak-buak dengan penuh emosi apabila sikap cemburu buta itu tidak dapat dibendung lagi.

Mari kita lihat 11 tanda lelaki cemburu buta yang perlu anda tahu untuk mengelakkan hubungan anda dan pasangan bergolak akibat daripada sikap negatif seperti yang tertera dibawah ini.

1. Mudah Marah

Apa sahaja yang anda lakukan, semua tidak kena. Ada sahaja yang nak dimarahkan. Boleh dikatakan setiap masa, padahal tiada silap yang anda lakukan. Mungkin dengan hanya alasan yang kecil seperti keluar bersama sahabat wanita atau mungkin bekerja sehingga lewat malam di pejabat. Lelaki seakan tidak memberikan peluang langsung kepada anda untuk menjelaskannya dan terus memarahi anda.

2. Tidak Selesa

Anda akan mula perasan tatkala anda teruja untuk bercerita tentang seseorang, lelaki cemburu buta akan kelihatan kurang gembira dan tidak selesa. Tidak kira perihal lelaki atau perempuan tetapi ianya menjadi lebih teruk apabila ianya mengenai seseorang lelaki lain.

3. Kuat Mengongkong

Adakah si dia sering bertanya di mana anda berada dan dengan siapa anda bersama sepanjang masa? Adakah si dia secara tiba-tiba mengganggu sesi girls outing anda bersama sahabat? Si dia kerap bertanya pada pukul berapa akan anda selesai? Sememangnya ia baik buat perhubungan untuk memberitahu segalanya, tetapi apabila setiap perkara perlu diberitahu, ini adalah tanda besar si dia sangat cemburu pada anda.

4. Tidak Kisah

Apabila si dia melihat anda berbual dengan lelaki lain, si dia selalunya akan berpura-pura seperti tidak kisah dan ianya ketara yang sebenarnya sedang berpura-pura. Jika si dia bertindak atau berkelakuan lain dari biasa, seperti tidak mengendahkan anda atau secara tiba-tiba membangkitkan pergaduhan tanpa sebab serta sekaligus mengaitkan perihal lelaki tersebut untuk menentang anda, ianya secara jelas menunjukkan yang si dia cemburu dan rasa tidak senang dengan anda.

5. Berkelakuan Pelik

Adakah si dia mula berkelakuan pelik ketika bersama anda? Mungkin menjadi sedikit lebih agresif? Mungkin juga menjadi lebih terlalu mengongkong. Jika anda mengenal pasti cara si dia sebegini, ianya boleh jadi satu tanda yang si dia cemburu pada anda. Ya benar ianya boleh dikaitkan dengan tanda curang, tetapi ianya boleh bercampur pada satu masa yang sama.

6. Mengintip Anda

Apabila si dia mula mengintip atau memerhati anda dengan lebih kerap, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar atau mungkin dengan siapa anda bercakap, jadi mungkin ia adalah satu tanda cemburu buta.

7. Merenung Tajam

Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda boleh merasakan yang ada orang memerhatikan anda dengan sangat terperinci. Ianya seakan kekasih anda sedang memeriksa tentang perlakuan anda bersama orang lain.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/