7 Tanda Isteri Fake Orgasme

Tanda Isteri Fake Orgasme
Tanda Isteri Fake Orgasme

Tanda Isteri Fake Orgasme

Mengikut kajian 76% dari wanita yang ditemubual mengaku fake orgasme atau berpura-pura klimaks semata-mata untuk menjaga hati pasangan mereka! Misi setiap suami ketika bersetubuh adalah membuat isteri mereka puas sehingga klimaks. Walaupun misi ini kelihatan mudah untuk dilaksanakan, tetapi hakikatnya sukar untuk dijayakan.

Seringkali para suami gagal untuk memuaskan isteri dalam hubungan seks. Ditambah dengan fakta yang kaum wanita sememangnya sukar untuk klimaks berbanding kaum lelaki, misi ini seringkali membuat para suami tertanya-tanya benarkah isteri mereka sengaja buat-buat fake orgasme atau dalam erti kata lain berpura-pura klimaks.

Ramai Isteri Fake Orgasme

Sebuah kajian yang dilakukan oleh “Archives of Sexual Behavior” terhadap 71 wanita yang aktif dalam hubungan seks, berumur antara 18 hingga 48 tahun mendapati 66% daripada wanita-wanita ini mengerang semata-mata untuk mempercepatkan klimaks pasangan. Manakala 87% menyatakan mereka mengeluarkan bunyi-bunyian seperti erangan dan desahan untuk membuat pasangan mereka lebih yakin dalam seks.

Keputusan ini tidak mengejutkan kerana pada masa sekarang terdapat banyak faktor yang membuatkan wanita sukar untuk klimaks. Salah satu faktor utama ialah prestasi pasangan mereka di ranjang yang sukar untuk membuat mereka benar-benar puas sehingga klimaks.

seks-hoofdfoto

7 Tanda Isteri Fake Orgasme

Sebagai suami, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk membuat isteri puas ketika bersetubuh. Tetapi kadang-kala sukar, dan anda gagal. Ketika ini terjadi, sudah pasti isteri akan sengaja buat fake orgasme demi untuk menjaga hati anda. Jadi bagaimana nak tahu sama ada isteri benar-benar puas atau sekadar fake orgasme ketika beraksi di atas ranjang?

Di bawah ini admin berikan 7 tanda isteri fake orgasme ketika berasmara.

Fake Orgasme

1. Saiz Anak Mata Normal

Ini adalah tanda yang paling sukar, atau mustahil untuk dipalsukan. Semua wanita apabila mereka mengalami orgasme dan klimaks, anak mata mereka secara automatik akan membesar. Fakta ini telah lama digunakan dalam industri fotografi. Juru foto sering menggunakan Photoshop untuk membesarkan anak mata model gambar untuk membuatkan mereka kelihatan lebih menarik. Wanita yang terangsang pasti akan kelihatan lebih menarik, fakta yang tidak dapat disangkal. Jadi para suami, perhatikan saiz anak mata isteri anda sebelum berasmara, dan kenal pasti saiznya. Setelah isteri anda klimaks, lihat saiz anak mata beliau. Adakah saiznya sama seperti sebelum berasmara, atau saiznya membesar?

18600821_ml1

2. Nafas Kembali Normal Dengan Tiba-Tiba

Apabila wanita klimaks, denyutan jantung akan meningkat dengan pantas sekali gus membuatkan nafas menjadi laju dan terus laju. Ini berlaku akibat reaksi seluruh otot-otot tubuh yang bertindak balas ketika wanita klimaks.

Wanita yang fake orgasme akan berpura-pura melajukan nafas seperti mereka ingin klimaks. Ini mudah dilakukan dengan latihan. Malah semua wanita boleh melakukannya.

Tetapi perhatikan nafas mereka selepas mereka klimaks. Adakah nafas mereka menjadi normal semula dengan pantas, atau dengan tiba-tiba? Jika ya itu tandanya isteri anda sengaja buat fake orgasme.

Jika isteri anda benar-benar klimaks, beliau memerlukan masa yang panjang untuk nafas beliau kembali menjadi normal. Ini kerana perilaku klimaks itu sendiri adalah aktiviti yang berat dan memenatkan tubuh wanita.

8479_original

3. Tiada Cengkaman Otot Faraj

Cengkaman otot faraj, atau lebih dikenali sebagai kemutan faraj adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh wanita yang fake orgasme. Situasi ini dikenali sebagai “Vaginal Muscle Spams”. Ketika wanita sedang mengalami orgasme dan klimaks, mereka akan mengalami sekurang-kurangnya antara 3 hingga 10 kali kekejangan otot-otot faraj. Yang pertama adalah yang paling kuat dan ketara.

Ketika ini berlaku, otot-otot faraj akan mencengkam zakar dengan kuat. Anda sudah pasti akan merasakannya jika ini berlaku. Seringkali mereka mengaku telah klimaks, tetapi tiada langsung cengkaman atau kemutan pada faraj mereka. Ini salah satu tanda isteri fake orgasme. Jika anda hendak tahu sama ada isteri anda berlakon klimaks atau tidak, anda perlu peka tentang perkara ini.

4688581

4. Erangan, Desahan Yang Terlalu Kuat

Salah satu tanda utama isteri fake orgasme ketika bersetubuh adalah mereka mengerang atau mendesah dengan terlalu kuat, seperti di buat-buat. Wanita yang benar-benar terangsang akan mengerang, mendesah dan hilang kawalan diri. Kadang-kala mereka mengerang dengan kuat dan sukar dikawal. Tetapi jika para isteri mengerang dengan kuat, tetapi gerak tubuh mereka menunjukkan mereka masih dapat mengawal diri, itu tandanya mereka berlakon di hadapan anda. Tambahan lagi jika erangan tersebut berpanjangan semasa anda berasmara.

dit-is-het-nepste-orgasme-ooit

5. Terangsang Dengan “Over”

Beliau kelihatan seperti sangat-sangat terangsang, sedangkan anda berdua baru 5 minit dalam permainan. Wanita memerlukan masa yang lebih lama untuk benar-benar terangsang, seterusnya klimaks. Oleh kerana itu kaum wanita sangat-sangat menggemari foreplay. Bagi mereka sesi foreplay atau ringan-ringan adalah salah satu cara memanaskan badan terbaik supaya mereka puas dalam seks dan berupaya untuk klimaks.

Tetapi jika baru berasmara beliau sudah menunjukkan rangsangan yang terlalu ‘over’, anda perlu berhati-hati kerana mungkin beliau berlakon untuk memendekkan sesi asmara anda berdua. Mungkin beliau tiada mood untuk hubungan seks dan ingin ianya berakhir dengan cepat supaya beliau dapat berehat. Tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mahu anda kecewa dan ingin anda puas dan klimaks.

orgasme

6. Tidak Berpeluh atau Tiada Tanda Kemerah-merahan pada tubuh

Semua wanita apabila mereka terangsang akan berpeluh, walaupun dalam suhu yang sejuk. Tubuh mereka juga akan kemerah-merahan apabila darah mengalir dengan laju ke seluruh badan mereka ketika mereka benar-benar terangsang.

Oleh itu perhatikan tubuh isteri anda. Jika beliau mengaku sudah puas tetapi tiada sedikit pun keringat pada tubuh beliau, atau tiada tanda kemerah-merahan, itu tandanya beliau fake orgasme di hadapan anda.

ThinkstockPhotos-100584681_thumb_470x550

7. Ibu Jari Kaki Yang Lurus

Apabila wanita benar-benar orgasma sehingga klimaks, secara automatik ibu jari kaki mereka akan membengkok, tanpa mereka sedari. Ini adalah reaksi otot yang berlaku secara semulajadi, selari dengan penguncupan atau cengkaman faraj ketika mereka klimaks.

Mereka mungkin boleh menipu dengan mengeraskan otot-otot badan dan menegangkan tubuh supaya anda percaya mereka benar-benar klimaks. Tetapi seringkali mereka lupa untuk membengkokkan ibu jari kaki dalam lakonan ini.

mad-men-231-540x405

Sebenarnya Isteri Saya Selalu Fake Orgasme

Bagaimana setelah anda membaca tips ini, anda mendapati selama ini isteri berpura-pura klimaks setiap kali anda berdua berasmara? Pertama sekali, jaga ego anda. Jangan serang isteri, sebaliknya salahkan diri anda sendiri. Anda perlu bersyukur kerana mendapat isteri yang senantiasa ingin menjaga hati (dan ego) anda dengan berpura-pura puas, walaupun hakikatnya tidak.

Anda juga perlu menghargai apa yang isteri anda lakukan. Hanya beliau sahaja yang tahu betapa seksanya batin beliau kerana tidak benar-benar puas dalam hubungan seks suami isteri. Apa yang perlu anda lakukan, ialah mencari jalan bagaimana untuk memuaskan isteri anda supaya beliau tidak perlu lagi berlakon dan fake orgasme.

vrouw, bed, dekens

Tips Ekstra Petua Bahagia Mengelak Isteri Fake Orgasme

Sekiranya selama ini isteri anda sering berpura-pura klimaks, sudah pasti ada kesalahan yang anda lakukan di ranjang.

Adakah anda melupakan atau memendekkan foreplay? Atau teknik tujahan zakar anda salah? Anda mempunyai masalah tak dapat bertahan lama? Mungkin anda memilih posisi seks yang salah ketika bersetubuh.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan para suami gagal untuk memuaskan isteri mereka dalam hubungan seks, sekali gus menjurus kepada perlakuan isteri yang berpura-pura klimaks untuk menjaga hati suami.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/