7 Tanda Kolesterol Tinggi

kolesterol tinggi
kolesterol tinggi

kolesterol tinggi

Apakah tanda kolesterol tinggi dalam badan seseorang itu dan bagaimanakah cara mengenalinya?

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 7 tanda kolesterol tinggi dalam badan seseorang itu dan jika anda dapati salah satunya ada pada anda cepat-cepat dapatkan pemeriksaan doktor dan amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam atau amalkan pemakanan diet yang seimbang bagi mengelakkan kolesterol tinggi dalam badan anda.

Berikut dibawah adalah 7 tanda kolesterol tinggi dalam badan seseorang :

1. Tanda Kuning Muda

Seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi dalam badan, pada tengah atau hujung kelopak mata, merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan padat pada siku, lutut atau tumit kaki.

2. Timbul Bintik-Bintik Putih (Biji Lemak)

Tanda kedua seseorang mempunyai kolesterol tinggi dalam badan, timbul bintik-bintik putih iaitu biji lemak dan ianya hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigleserida yang tinggi.

3. Kaki Membengkak

Tanda ketiga pesakit mengidap kolesterol tinggi dalam badan, kakinya membengkak kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat pengaliran darah.

4. Sering Sakit Kepala

Tanda keempat tanda kolesterol tinggi dalam badan ialah sering merasa sakit kepala, rasa berat dan tegang urat di belakang leher. Ini kerana arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Senak Dada Pada Belah Kiri

Tanda kelima kolesterol tinggi pada badan ialah merasa senak pada dada belah kiri tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.

6. Kaki Kebas

Tanda keenam kadar kolesterol tinggi dalam badan ialah kaki sering berasa kebas kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

7. Mudah Mengantuk Dan Cepat Letih

Tanda ketujuh kolesterol tinggi dalam badan seseorang itu mudah rasa mengantuk dan cepat letih. Ini kerana peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke  otak terhalang membuatkan seseorang itu cepat mengantuk.

Makanan Penurun Kadar Kolesterol

Makanan Penurun Kadar Kolesterol

Walau bagaimana pun usah bimbang, masih ada masa dan jalan untuk menurunkan kadar kolesterol tinggi seperti amalan pemakanan 12 jenis makanan yang dipercayai dapat membantu iaitu dengan pengambilan oatmeal, anggur merah, ikan salmon, badam, sayur kacang panjang, teh hitam, alpukat, buah zaitun, yogurt, tempeh, buah strawberi dan bawang putih yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, beta sitosterol, omega 3 dan antioksidan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/