7 Tarikan Lelaki Berjambang

Lelaki Berjambang

Lelaki berjambang mempunyai daya tarikan maskulin sejati yang sering menjadi dambaan wanita yang mengharapkan kematangan lelaki berjambang tadi seiring dengan wajah dan usianya. Tetapi harus diingatkan oleh para lelaki berjambang bahawa kekemasan dan kerap merapi jambang agar kelihatan lebih kacak juga menjadi salah satu kriteria yang wanita perhatikan.

Mesti ramai wanita yang sukakan lelaki yang berjambang kan? Wanita lebih sukakan lelaki yang berjambang kerana mereka lebih kacak dan berkarisma. Walaupun ramai wanita yang sukakan lelaki berjambang untuk dijadikan kekasih, pasangan hidup mahu pun suami, namun jika tiada kekemasan dan kebersihan diri maka kebarangkalian atau peratus cinta anda ditolak adalah tinggi.

Mari bersama admin kita lihat 7 tarikan lelaki berjambang di mata wanita yang sering menjadi perhatian dan lirikan nakal mata mereka.

1. Lelaki Berjambang Nampak Lebih Dewasa

Jika anda ada boyfriend yang berjambang, cuba lihat gambar mereka sebelum menyimpan jambang? Nampak lain dan seperti budak sekolah.

2. Lelaki Berjambang Lebih Maskulin

Wanita sukakan jambang lelaki yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Bagi wanita, lelaki berjambang kelihatan lebih maskulin dan gagah.

3. Lelaki Berjambang Adalah Lelaki Sejati

Lelaki yang berjambang berbeza dengan lelaki lain. Mereka akan bukakan pintu untuk anda, hantar anda pulang, dan bersikap sopan. Tapi bukan semua! Haha..

4. Lelaki Berjambang Lebih Bergaya

Lihat saja pelakon kacak yang berjambang seperti Ben Affleck, Keanu Reeves, George Clooney, Ryan Gosling, David Beckham, Justin Timberlake, Ryan Reynolds, Brad Pitt dan banyak lagi. Penampilan mereka nampak bergaya walaupun hanya memakai t-shirt sahaja.

5. Lelaki Berjambang Misteri

Percaya tak jika kami katakan, tiada siapa dapat membaca emosi lelaki yang berjambang kerana wajah mereka terlindung. Apa yang pasti lelaki berjambang memang seksi.

6. Tak Reti Main Alat Muzik Pun Tak Apa

Lelaki yang mempunyai jambang tidak perlu mempunyai bakat untuk main alat muzik. Pegang gitar je dah buatkan wanita cair.

7. Lelaki Berjambang Bijak

Sejak dulu lagi, ramai tokoh penting dan para ilmuwan mempunyai jambang. Sebagai contoh Abraham Lincoln, Alexander Graham-Bell, dan Leonardo Da Vinci, mereka semua berjambang kan?

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/