7 Tips Didik Anak Puasa

Didik Anak Puasa
Didik Anak Puasa

Didik Anak Puasa

Didik anak puasa memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan pendekatan yang berbeza tanpa ada unsur paksaan mengikut umur anak dan kemampuannya untuk berpuasa. Puasa mungkin mudah dilakukan bagi orang dewasa, namun untuk anak-anak, puasa menjadi sesuatu yang baru bagi mereka, apatah lagi jika mereka harus membayangkan tidak makan dan minum dari pagi hingga sampai ke waktu berbuka puasa yang biasanya mengikut rutin hariannya anak akan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Unuku didik anak puasa, anda juga tak boleh memaksa anak untuk berpuasa penuh, ada beberapa pendekatan agar anak berpuasa dan melakukannya tanpa dipaksa. Seperti yang dinyatakan oleh pakar Pediatrician Dr Kalpana Sengupta dan Physician Specialist Dr Javaid Shah dari Dubai, ini yang boleh anda lakukan untuk didik anak puasa supaya ianya  tak menjadi sesuatu yang dipandang menyeramkan untuk anak-anak anda.

1. Sahur

Untuk didik anak puasa, kejut anak anda sahur setiap kali anda ingin menyuruhnya berpuasa. Dan jangan sesekali suruh anak anda berpuasa tanpa makan sahur. Anak harus makan sahur bagi mendapatkan tenaga untuk menjalani ibadah puasa seharian penuh. Meski tak makan banyak, tapi pastikan ia sahur agar siang hari tak mudah lapar.

2. Ajak Anak Fikirkan Dan Masak Menu Berbuka

Tanya mereka, makanan atau minuman apa yang ingin dimakan untuk berbuka. Siapkan menu makanan kegemarannya. Dengan cara ini boleh menarik minat dan membuatkan mereka lebih semangat menjelang buka puasa.

3. Kawal Dan Pantau Aktiviti Luar Rumah Anak

Didik anak puasa dengan mengingatkan mereka untuk tidak banyak melakukan aktiviti luar bermain dengan kawan-kawan yang membuat mereka cepat penat, haus dan lapar. Lebih-lebih lagi jika cuaca di luar panas terik. Bermain tidak masalah asal tidak berlebihan sehingga membuat mereka ingin membatalkan puasa.

4. Tidurkan Anak Awal

Tidur awal untuk didik anak puasa dapat memberikan anak tidur yang cukup dan tidak mengantuk. Senang dikejutkan bila tiba waktu sahur dan segala aktiviti pelajaran di sekolah dapat dilakukan dengan semangat dan bertenaga walaupun pada bulan puasa kerana anak mendapat rehat dan tidur yan cukup.

5. Menu Sahur Berkhasiat Dan Berzat

Buatkan jus buah tanpa ais atau salad buah agar anak tak mudah dehidrasi pada waktu siang hari. Sediakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam makanan anak-anak.

6. Jangan Tergesa-Gesa Ketika Sahur

Biarkan anak makan sahur tanpa tergesa-gesa. Kebiasaannya anak-anak lambat makan sahur kerana mereka tersengguk-sengguk mengantuk walaupun sudah basuh muka, jadi lebih baik kejut anak bangun awal dan mandi untuk badan lebih segar sebelum makan sahur dan menunggu masuk waktu solat Subuh.

7. Biarkan Anak Sambung Tidur 

Tidur 8 jam sehari sangat diperlukan untuk anak. Dalam nak didik anak puasa, tidur yang mencukupi akan membuat anak lebih bersedia dan bertenaga untuk berpuasa. Begitu juga dengan tidur siang, cara ini mampu membantu mempercepatkan masa menunggu untuk berbuka puasa. Namun jangan galakkan anak anda untuk tidur dalam jangka masa yang sangat lama pada siang hari kerana nanti anak tidak benar-benar merasa nikmat berpuasa yang sebenar.

Pastikan anak anda faham mengenai erti puasa dan mengapa mereka harus puasa agar anak bermotivasi dan lebih semangat. Anda boleh menerapkan tips di atas agar mereka merasa selesa dan gembira selama berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/