7 Tips Hentikan Batuk Berkokok

Batuk Berkokok
Batuk Berkokok

Batuk Berkokok

Malam merupakan waktu untuk kita berehat tapi batuk berkokok yang terus-menerus pastinya akan mengganggu waktu tidur. Batuk berkokok yang menjadi-jadi pada waktu malam seringkali menyebabkan stres kerana sukar tidur sedangkan tubuh penat dan mata mengantuk. Selain itu juga, batuk berkokok yang kuat dan berterusan ini juga boleh menggangu pasangan dan anak-anak lain yang sedang tidur. Jadi sebelum memberi masalah lebih besar sebaiknya anda mengambil langkah menanganinya.

Akan tetapi sebelum pergi kepada cara untuk mengatasinya, kita fahami dulu mengapa  batuk berkokok ini jadi lebih teruk pada waktu malam? Ia berlaku kerana pada waktu malam cairan dari hidung dan sinus (rongga-rongga pada tengkorak manusia di kawasan pipi,dahi dan sekitar hidung ) turun ke tekak. Cairan tersebut menyebabkan rasa tidak selesa pada tekak dan menyebabkan batuk. Bagi menghentikan penyeksaan batuk berkokok ini anda boleh melakukan cara berikut.

1. Jumpa Doktor

Jika batuk berkokok berlanjutan selama lebih dari tujuh hari sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui penyebabnya.

2. Ambil Ubat

Jika batuk berkokok tidak serius anda boleh membelinya di farmasi. Ia dapat membantu mencarikan lendir dan mengurangkan dorongan untuk batuk.

3. Pastikan Selimut Dan Cadar Bersih

Hama atau kutu halus yang memakan serpihan kulit mati dan juga debu adalah pencetus alahan. Untuk menyingkirkannya cuci cadar dan selimut setiap minggu.

4. Minum Teh Herba Dengan Madu

Sebelum tidur minum secawan teh tanpa kafein dicampur madu. Dikatakan teh panas ini berupaya memecah lendir di saluran pernafasan dan madu pula membantu sistem pertahanan tubuh.

5. Ubah Gaya Tidur

Tidur dengan meletakkan beberapa biji bantal di bahagian kepala dan belakang badan, paling kurang empat inci tinggi. Cara ini lendir tidak berkumpul di bahagian tekak dan boleh mengurangkan masalah batuk berkokok.

6. Jaga Kelembapan Bilik

Alat seperti Humidifier akan meringankan batuk jika udara terlalu kering. Tapi suasana bilik yang terlalu lembap juga boleh mencetuskan batuk. Tungau debu dan kulat merupakan alergen yang suka pada keadaan ini dan menjadi penyebab alahan batuk.

7. Letakkan Kelengkapan Dalam Bilik

Sediakan segelas air dan ubat batuk di dalam bilik atau tempat berdekatan supaya mudah diambil kita batuk menjadi-jadi. Semakin cepat anda dapat menghentikan batuk, semakin baik.

Semoga panduan ini berguna dan membantu anda yang sedang berdepan dengan masalah batuk berkokok. Cepat sembuh ya!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/