7 Tips Jaga Buah Pinggang

tips penjagaan buah pinggang
tips penjagaan buah pinggang

tips penjagaan buah pinggang

Mengapa kita perlu menjaga kesihatan buah pinggang? Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh pabila kita tidak menyedari kepentingannya. Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.

Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan. Apabila toksin keluar melalui sistem perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama. Oleh sebab itulah, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang. Artikel kali ini admin ingin kongsikan 7 tips penjagaan buah pinggang kepada pembaca di Petua Bahagia :

7 tips penjagaan kesihatan buah pinggang ialah :

1. Jalani Hidup Yang Aktif

Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam seperti bermain bola sepak, berjogging, berenang, dan melakukan pelbagai aktiviti riadah yang boleh mengeluarkan peluh untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit. Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!

2. Elak Merokok

Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok. Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.

3. Makan Ikan

Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

4. Minum Air Kosong Dengan Banyak

Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan. Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.

5. Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan Garam

Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Banyakkan Minum Jus Epal

Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.
Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.

7. Makan Buah Tembikai

Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang. Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.

Kesimpulannya, sementara buah pinggang anda masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi. Bayangkan, kalau terpaksa melalui proses dialisis tentu menyeksakan. Bukan itu saja, malah memakan belanja ribuan ringgit untuk ‘menapis’ kekotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.

Maka, cegahlah sebelum parah!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/