7 Tips Memakai Maskara

Tips Memakai Maskara

Tips Memakai Maskara

Tips Memakai Maskara

Maskara adalah salah satu alat solek yang terpenting bagi diri wanita. Dengan penggunaan maskara juru solek boleh menggunakan kepakaran dan kreativiti untuk mencantikkan bulu mata seseorang wanita itu di dalam bersolek untuk pergi ke majlis-majlis tertentu.

Bagi sesetengah wanita pula, mereka lebih selesa bersolek sendiri dengan menggunakan maskara tanpa bantuan juru solek profesional. Ini kerana ianya lebih senang bersolek menggunakan maskara mengikut citarasa sendiri disamping menjimatkan masa dan wang ringgit.

Baiklah, pada artikel kali ini admin ingin kongsikan 7 tips memakai maskara untuk kaum hawa.

1. Efek Tertentu

Terdapat banyak maskara yang menjanjikan lebat, panjang dan tahan lama tetapi pakar mengatakan bahawa ini bukan caranya untuk memiliki keseluruhan efek. Jika anda mahu hasil yang tertentu, carilah jenis maskara yang khusus.

2. Hitam sesuai untuk semua

Semua orang boleh menggayakan maskara hitam, walaupun berambut perang.  Kepentingan maskara adalah untuk menyerlahkan bentuk mata dan bulu mata.

3. Gunakan maskara kalis air bila perlu

Formula kalis air adalah terlalu sukar dibuang untuk digunakan setiap hari, anda perlu menggosok kuat untuk menghilangkannya jadi ada kemungkinan bulu mata anda akan gugur.

4. Lentikan sempurna

Gunakan pelentik bulu mata dengan memulakannya dari pangkal bulu mata kemudian sedikit demi sedikit dilentikkan sampai ke hujung bulu mata. Letakkan cermin di bawah mata agar anda dapat lihat garisan bulu mata.

5. Bulu mata yang lebih ketara

Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung. Bermula dari pangkalnya, ceraikan setiap helaian bulu mata, pegang berus secara menegak dan gerakkannya dari tepi.

6. Melebat dan memanjangkan

Sekiranya bulu mata anda halus dan jarang, gunakan asas maskara untuk menambahkan volume. Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung.

7. Mencuci 

Selepas seharian bulu mata anda dipaliti maskara, pastinya waktu untuk mencuci cukup renyah buat anda, namun jangan runsing, gunakan saja pencuci bulu mata atau pemadam solekan yang berunsurkan formula minyak. Kandungan minyak dapat menyingkirkan kotoran dengan pantas, malah ia juga berkesan untuk kalis air.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/