7 Tips Menjadi Ibu Hebat

ibu hebat
ibu hebat

ibu hebat

Untuk menjadi seorang ibu hebat dengan menjalankan tanggungjawab kepada keluarga seperti melayan suami dan anak-anak juga membuat kerja-kerja rumah serta mengemas dan memasak merupakan cabaran yang harus ditempuh oleh insan istimewa yang dijanjikan syurga ini.

Ibu hebat akan melakukan kerja seikhlas mungkin di dalam menunaikan tanggungjawabnya tanpa ada sedikit pun rasa putus asa demi memastikan keluarganya sentiasa terurus dan mendapat kasih sayang sepenuhnya. Begitu tabah dan besarnya jiwa ibu hebat ini yang sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 7 tips menjadi ibu hebat yang boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu muda yang lain.

1. Amalkan Membaca Surah Ibrahim

Ibu hebat yang mengamalkan bacaan surah Ibrahim ayat ke 40 ini supaya dirinya, anak dan seluruh zuriat keturunannya termasuk di dalam golongan orang yang tetap mendirikan solat.

” Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku ini “ (Surah Ibrahim : Ayat 40)

2. Menjaga Tutur Kata

Ibu hebat adalah ibu yang sentiasa menjaga tutur kata terhadap anak-anaknya. Walau anak degil macam mana sekali pun ibu hebat ini tetap bersabar melayan kerenah mereka dan tidak sesekali memarahi kerana dengan melakukan pendekatan secara memujuk dan tutur kata yang lembut akan membuatkan anak lebih selesa dan akhirnya mendengar kata.

3. Pemaaf

Ibu hebat senantiasa mempunyai sifat pemaaf yang tinggi dalam dirinya. Biarpun anak-anak melakukan perkara yang melampaui batas sehingga melukakan hati ibunya. Tiada apa yang paling menggembirakan hati seorang ibu selain melihat anaknya berjaya dengan doa dan restu darinya.

4. Memeluk Anak

Ibu hebat akan selalu memeluk anak-anaknya walaupun anak sudah membesar, kasih sayang seorang ibu tidak akan pernah padam sebagaimana anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh sewaktu masih kecil lagi. Dengan pelukan, anak akan merasa selamat dan selesa bersama ibunya dan secara tidak langsung menstabilkan emosi anak ke arah kebaikan.

5. Solat

Ibu hebat akan meluangkan masa bangun malam untuk solat tahajud berdoa memohon pada yang Maha Esa agar anak-anaknya sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

6. Membaca Al Fatihah Untuk Anak-Anak

Ibu hebat akan sentiasa mengingati anak-anaknya dengan mengirimkan bacaan Al Fatihah dan memohon keselamatan anak-anaknya. Dengan amalan ini juga anak dituntut untuk menyedekahkan bacaan Al Fatihah kepada kedua-dua ibu bapanya pada setiap pagi untuk dimurahkan rezeki.

7. Pandang Wajah Anak

Ibu hebat tidak pernah sesekali melupakan untuk menidurkan anak-anaknya dengan mendodoikan melalui bacaan ayat-ayat suci Al Quran, zikir dan bercerita tentang sirah atau sejarah nabi. Ibu hebat ini akan sentiasa memandang wajah anaknya semasa tidur dengan penuh kasih sayang dan mengucapkan kata-kata berupa doa seperti memanggil nama anak dan berkata ” Ibu nak Aleeya jadi anak yang baik, dengar cakap, hormat orang tua dan jadi anak yang solehah ye sayang!..”

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/