7 Tips Penjagaan Kanta Lekap

Penggunaan Dan Pemakaian Kanta Lekap
Penggunaan Dan Pemakaian Kanta Lekap

Penjagaan Dan Pemakaian Kanta Lekap

Pada masa kini kanta lekap seolah menjadi pelengkap bagi penampilan diri bagi kebanyakkan orang. Tidak kisah sama ada pemakaian kanta lengkap yang bertujuan untuk menambah kecantikan atau untuk pengganti cermin mata. Namun, penggunaannya haruslah diberi perhatian dari segi penjagaannya agar tidak nanti ia boleh mengakibatkan masalah mata dan boleh memudaratkan sehingga ke tahap buta.

Penggunaan dan penjagaan kanta lekap harus dititikberatkan kerana kanta lekap dipakai pada organ yang sangat-sangat sensitif iaitu mata. Jangan pandang ringan kepada cara menggunakan atau penjagaannya kelak ia akan membawa mudarat kepada si pemakai.

Pastikan anda tahu 7 tips atau cara-cara penggunaan kanta lekap mata ini dengan betul supaya mata anda kekal cantik dan sihat terhindar daripada sebarang masalah.

1. Cuci Tangan.

Sebelum anda memakai kanta lekap, mulakan dengan mencuci tangan anda sehingga bersih dengan menggunakan air yang bersih serta pencuci tangan anti-bakteria agar bakteria jahat tidak melekat pada tangan anda. Keringkan dengan tisu atau tuala kering yang bersih.

2. Guna Pencuci Khusus

Setiap kali selepas dan sebelum menggunakan kanta lekap, pastikan anda mencuci dengan pencuci khusus khasnya untuk kanta lekap bagi memastikan kebersihan dari sebarang habuk dan kuman. Untuk lebih bersih, cuci bekas kanta lekap dengan pencuci khas juga.

3. Lekapkan Pada Tempat Yang Betul.

Letakkan atau lekapkan kanta lekap di jari telunjuk dan pastikan ianya di bahagian yang betul dan tidak terbalik. Bahagian kanta lekap yang betul adalah apabila kanta lekap berbentuk melengkung seperti mangkuk, jika kanta lekap pada bahagian tidak seperti tersebut maka ianya adalah di bahagian yang salah.

4. Posisi Anak Mata.

Pastikan anda berhadapan dengan cermin dan gunakan jari telunjuk untuk meletakkan kanta lekap di bahagian anak mata secara berhati-hati dan perlahan-lahan. Tarik kelopak mata bahagian atas jika perlu untuk membuka mata dengan lebih luas.

5. Tamat Tempoh.

Kanta lekap juga mempunyai tarikh luputnya sendiri. Ini bermakna anda harus pastikan ianya masih berada dalam jangka masa yang masih boleh digunakan. Buang serta merta jika ianya anda sudah tamat tempoh.

6. Pakai Cermin Mata Gelap.

Pastikan anda memakai cermin mata gelap dengan perlindungan sinaran UV kerana apabila anda memakai kanta lekap, ia akan menjadi lebih sensitif kepada sinaran terus cahaya matahari.

7. Jangan Pakai Terlalu Lama.

Ia sangat penting untuk anda memastikan yang anda tidak memakainya dengan terlalu lama atau tidak lebih dari 10 jam kerana jika terlalu lama ia boleh membuatkan mata merasa pedih dan ia boleh merosakkan mata. Ini kerana ia dikhuatiri habuk yang melekat pada mata boleh terkumpul banyak dan mengakibatkan sakit mata.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/