7 Tips Penjagaan Permaidani

Tips Penjagaan Permaidani
Tips Penjagaan Permaidani

Tips Penjagaan Permaidani

Permaidani atau karpet perlu dijaga agar sentiasa kelihatan cantik, bersih dan tidak cepat kusam. Jika tidak, ia akan menjadi sarang pembiakan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit dan alergik. Itu belum lagi ditambah dengan baunya yang kurang enak jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan rapi. Berikut antara petua yang boleh anda praktikkan.

Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini ramai suri rumah memikirkan untuk membeli permaidani baru menggantikan permaidani lama sedangkan permaidani yang lama masih elok lagi cuma nampak sedikit lusuh dan jika dibersihkan pasti nampak seakan-akan baru dibeli. Disinilah pentingnya tips penjagaan permaidani yang ingin admin kongsikan seperti dibawah ini.

1. Pancaran Cahaya Matahari

Elakkan meletak karpet pada ruangan yang terdedah terus kepada cahaya matahari.  Ini untuk memastikan supaya warnanya tidak cepat pudar. Jika tidak banyak pilihan, anda boleh tutup pintu atau langsir bagi mengelakkan pancaran cahaya matahari secara terus.

2. Aliran Udara

Semasa mahu membentangkan karpet, seeloknya buka pintu dan tingkap di ruangan tersebut supaya pengaliran udara berjalan dengan baik.

3. Ubah Posisi

Sebaiknya ubah posisi atau kedudukan permaidani setiap tiga bulan sekali. Contohnya pusingkan permaidani agar bahagian yang jarang dipijak berada pada laluan utama atau berubah posisi.

4. Baking Soda

Untuk mengurangkan bau hapak pada permaidani, cuba petua ini.  Taburkan sedikit tepung penaik (baking soda) di atas permaidani.  Biarkan selama setengah jam.  Kemudian barulah dibersihkan dengan pembersih vakum (vacuum cleaner).

5. Cuka

Untuk membersihkan kotoran yang meninggalkan bau pada permaidani, cuba tips ini.  Campurkan tiga sudu cuka ke dalam segelas air.  Gunakan kain bersih dan basahkan dengan larutan cuka tadi lalu lapkan pada bahagian permaidani yang berbau tersebut.  Lapkan sehingga kesan dan bau itu hilang.  Seeloknya lakukan ketika kotoran berkenaan masih baru.  Jika dibiarkan terlalu lama, maka semakin sukar untuk menghilangkan baunya.

6. Vacuum Tiga Kali Seminggu

Amalkan untuk membersih permaidani menggunakan vacuum cleaner sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

7. Hantar Ke Kedai Dobi
Selain itu, setiap enam bulan sekali, basuh karpet menggunakan sabun khas untuk cucian.  Langkah terbaik dan menjimatkan masa adalah dengan hantar saja ke kedai dobi.  Permaidani harus dicuci dengan sabun khas bagi menghapuskan kuman dan bakteria tegar yang ada pada seluruh permaidani.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/