7 Tips Rawat Bisul

bisul

bisul

Eh jangan pecahkan bisul guna jarum, nanti disebabkan jarum, bisul boleh terkena jangkitan bakteria atau kuman, melambatkan lagi proses sembuh. Manakala nanah yang mengalir darinya pula boleh menambah lagi bisul pada anggota badan. Habis tu takkan nak biarkan saja? Kadang-kadang bisul ini pula timbul di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. Atas kepala, celah punggung, ketiak, dalam telinga, hidung, dan sebagainya. Mana selesa kalau dibiar lama-lama!

Mari bersama admin kita lihat dibawah ini 8 tips rawat bisul yang kerap timbul di kepala, ketiak dan punggung.

1. Elak Duduk Terlalu Lama

Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.

2. Rawat Luka Dengan Segera

Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.

3. Jaga Kebersihan Diri

Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.

4. Tuam Dengan Tuala Panas

Petua merawat bisul yang pertama ialah dengan merendam tuala dalam air panas, perah dan tuam dalam lima hingga 10 minit. Lakukan tiga atau empat kali sehari. Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul. Selain itu, ia menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah di dalamnya.

5. Jangan Sesekali Pecahkan

Memang geram tengok nanah yang berkumpul dalam bisul. Warna kekuningan buat rasa nak cucuk dengan jarum bagi pecah dan hilang nanah. Seeloknya tuam dengan tuala panas sehingga nanah keluar sendiri dan ianya kering semula.

6. Cuci Dengan Sabun Antibakteria

Bersihkannya dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.

7. Sapu Krim Antibakteria

Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap. Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan  tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.

Kesimpulan

Lakukan petua merawat bisul yang mudah ini setiap hari hingga bisul kering sepenuhnya. Biasanya dalam tempoh seminggu dua, jika dijaga dengan betul, bisul akan kering dan mengecut. Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang boleh berjangkit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/