7 Tips Sambut Kedatangan Mertua

menyambut kedatangan mertua
menyambut kedatangan mertua

menyambut kedatangan mertua

Kedatangan mertua secara mengejut ke rumah pastinya sesuatu yang akan mengundang perasaan serba salah dan kelam kabut bagi pasangan yang berkahwin dan mempunyai anak-anak yang sedang meningkat naik umurnya. Ini kerana pastinya keadaan rumah yang agak bersepah dan sedikit tidak terurus akibat daripada anak-anak yang ‘rajin mengemas’ membuatkan anda risau dengan persepsi mertua terhadap anda di dalam mengurus rumahtangga.

Namun ia bukannya alasan untuk menolak kedatangan mertua ke rumah anda kerana ianya pasti mengecewakan mereka kerana hajat untuk melepaskan kerinduan pada menantu dan cucu-cucunya yang sekian lama dipendam tidak dapat ditunaikan.

Kali ini admin ingin kongsikan 7 tips atau petua sambut kedatangan mertua secara mengejut ke rumah anda.

1. Jangan Bertangguh Mengemas Rumah

Sikap suka bertangguh dalam mengemas rumah boleh mengundang penyakit malas. Suami digalakkan untuk sama-sama membantu isteri mengemas rumah. Sekiranya kedatangan mertua ke rumah secara mengejut sekurang-kurangnya anda hanya perlu kemaskan mana yang patut dan tak banyak kerja yang nak dibuat.

2. Mohon Kerjasama Suami

Galakkan dan beritahu suami meminta sekiranya kedatangan mertua ke rumah harus diberitahu terlebih dahulu kerana takut hari dan tarikh bercanggah dengan perancangan keluarga anda jika mahu pergi bercuti, kerja kahwin dan lain-lain yang sememangnya sudah dirancang sejak dari awal-awal lagi.

3. Elakkan Memberi Kunci Rumah Pendua

Kedatangan mertua ke rumah anda sememangnya amat dialu-alukan. Tetapi elakkan memberi kunci rumah pendua kepada mertua anda. Ini kerana dengan menyerahkan kunci rumah pendua kepada mertua anda merelakan mertua mengendalikan hal dalam rumahtangga anda sekaligus anda tiada privasi di dalam rumah sendiri melainkan mertua anda memang duduk dan tinggal bersama anda.

4. Lakukan Solat Sunat Dhuha

Kedatangan mertua ke rumah anda secara mengejut bermakna pintu rezeki anda dan keluarga terbuka luas. Oleh itu bangun awal pagi, masukkan sekali agenda solat sunat Dhuha di dalam jadual anda. Doakan mertua anda di dalam doa ketika sujud terakhir.

5. Elakkan Tidur Selepas Subuh

Dengan elakkan tidur selepas Subuh anda dan suami anda mempunyai banyak masa dan boleh membuat persiapan awal pergi ke pasar membeli barang-barang untuk memasak makanan kesukaan mertua dan mengemas rumah sebelum kedatangan mertua anda ke rumah.

6. Sediakan Bahan Asas Memasak

Pastikan rumah anda tidak putus bekalan asas seperti cili, bawang, minyak, gula, garam, mibun, milo, nescafe, teh lipton dan lain-lain. Bila anda tidak sempat menyediakan makanan berat yang lain menyambut kedatangan mertua, menu mihun goreng adalah menu yang paling ringkas boleh menjadi alternatif anda di saat-saat tidak terduga.

7. Sediakan Ruang Anak Untuk Bermain

Anda perlu sediakan ruang anak-anak untuk bermain. Kosongkan halaman depan dan parking kereta di luar kawasan pagar rumah buat sementara waktu untuk menyambut kedatangan mertua. Selain itu anda juga boleh sediakan ruang khas di sudut tepi dinding rumah untuk anak-anak melakukan aktiviti buku dan alat permainannya.

Kesimpulannya, menyambut kedatangan mertua ke rumah dengan hati terbuka dengan layanan seikhlas hati membuktikan bahawa anda adalah seorang anak menantu yang sangat bertanggungjawab dan baik di samping ianya membuka pintu rezeki anda sekeluarga kerana melayan tetamu dengan baik sememangnya dianjurkan oleh agama Islam.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/