7 Tips Sejukkan Rumah Ketika Cuaca Panas

doa mohon turun hujan ketika cuaca panas
doa mohon turun hujan ketika cuaca panas

doa mohon turun hujan ketika cuaca panas

Cuaca panas yang melanda di negara kita sekarang ini amat membimbangkan. Justeru itu admin ingin kongsikan 7 tips sejukkan rumah bagi menghadapi musim panas yang melampau.

Secara umumnya, cuaca panas boleh memberi tekanan secara fizikal kepada badan kita. Kesan terdedah kepada cuaca panas boleh mendatangkan masalah kesihatan yang ringan dan juga ada yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa akibat strok haba.

Dibawah ini adalah 7 tips sejukkan rumah yang ingin admin kongsikan :

1. Jauhkan TV Dari Penghawa Dingin

Tips sejukkan rumah yang pertama adalah dengan meletakkan TV jauh dari penghawa dingin. Ini kerana TV atau komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin beroperasi lebih efisien untuk menyejukkan ruang rumah ketika cuaca panas.

2. Pasang Awning

Awning dapat membantu melindungi rumah anda daripada sinaran cahaya matahari secara terus ketika cuaca panas.

3. Cat Dinding Rumah Dengan Warna Putih Atau Cerah

Mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna putih atau cerah seperti biru cair, kuning cair atau sebagainya dapat menyejukkan rumah ketika cuaca panas kerana ia membantu memantulkan semula cahaya matahari dan tidak menyerap habanya.

4. Guna Lampu Kurang Pancaran Haba

Lampu jenis ‘flourescent bulb’ ini adalah jenis lampu yang memancarkan kurang haba berbanding lampu jenis ‘incandescent bulb’. Selain itu juga lampu ‘flourescent bulb’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik sekaligus menjimatkan bil elektrik anda jika anda menggunakannya ketika cuaca panas.

5. Pasang Fiber Siling Rumah

Siling jenis fiber lebih murah berbanding asbestos ataupun atap gentian lain dan ianya senang diperolehi. Untuk memastikan ruang dalaman rumah anda sejuk ketika cuaca panas, alaskan siling rumah anda dengan fiberwool insulation.

6. Gunakan Jaring Besi

Pemasangan jaring besi yang halus lubangnya seperti kelambu bukan sahaja boleh membantu mengatasi masalah nyamuk malah ia boleh berfungsi mengeluarkan udara-udara panas dari dalam rumah dan menyejukkan rumah ketika cuaca panas.

7. Letakkan Besen Berisi Air Di Dalam Rumah

Letakkan besen-besen yang berisi air di dalam rumah atau bilik yang panas tadi. Ini kerana haba atau wap-wap panas di dalam rumah akan diserap ke dalam besen-besen yang berisi air sekaligus menyejukkan rumah atau bilik ketika cuaca panas melanda.

Selain tips diatas, sebagai orang Muslim masih ada ikhtiar lain dengan berdoa kepada Allah SWT mohon diturunkan hujan agar cuaca panas dapat diredakan dengan melakukan Solat Sunat Istisqa. Semoga ianya bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/