7 Tips Solekan Wanita

Tips Solekan Wanita
Tips Solekan Wanita

Tips Solekan Wanita

Golongan wanita memang tidak boleh dipisahkan dengan alat solekan. Dengan teknik dan cara solekan yang simple dari seseorang yang bergelar profesional sudah cukup membuatkan seseorang wanita itu kelihatan cantik dan menawan di mata lelaki.

“Confidence is everything but a little make up wont hurt” admin setuju dengan kata-kata Bobbi Brown ini. Sedikit solekan penting untuk memberikan first impression yang impressive kepada anda.

Bagi mereka yang baru sahaja mahu mula bersolek, di sini admin ada 7 tips solekan wanita yang berguna untuk anda.

1. Pemerah Pipi (Blushing)

Sekiranya anda menyapu pemerah pipi, pastikan anda melakukannya sebelum anda menyapu bedak pada wajah ini. Ini boleh membuatkan solekan tampak lebih semulajadi.

2. Pelentik Bulu Mata

Untuk mendapatkan hasil yang maksimum ketika anda membentuk bulu mata anda, gunakan pengering rambut untuk memanaskan pelentik bulu mata anda. Ia akan membuatkan bulu mata tampak lebih lentik dan tahan lebih lama.

3. Bedak Asas

Tidak kira bedak asas anda di dalam bentuk cecair atau serbuk, pastikan anda memilih berus dan bukan span. Penggunaan berus akan membuatkan sapuan atau solekan nampak lebih rata dan tidak bertompok.

4. Pembayang Mata (Eye Shadow)

Lembapkan span atau berus anda sebelum mengaplikasikan pembayang mata untuk mendapatkan warna yang lebih menonjol dan solekan yang lebih tahan lama.

5. Dab Deodoran

Untuk memberikan kemasan solekan matte pada wajah, dab deodoran anda di bahagian T wajah dan bawah mata dengan menggunakan jari.

6. Maskara

Gunakan maskara sebelum anda mandi kerana air tidak dapat mencuci maskara sepenuhnya dan lebihan maskara yang tertinggal itu membuatkan solekan bulu mata nampak lebih semulajadi.

7. Cara Sapuan Bedak Asas

Sebelum menyapu bedak asas pada wajah, berdiri lima belas saat di hadapan peti sejuk anda. Ini dapat mengetatkan pori-pori pada liang wajah sekali gus mengelakkan bahan yang berbahaya di dalam alat solekan yang terperangkap di dalam pori.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/