7 Tips Tingkat Daya Ingatan

Tips Tingkat Daya Ingatan
Tips Tingkat Daya Ingatan

Tips Tingkat Daya Ingatan

Apakah itu daya ingatan? Secara istilahnya dalam psikologi , ia ditakrifkan sebagai keupayaan mental untuk mengingat, menyimpan dan mengekalkan maklumat dalam otak. Tidaklah apa-apa perkara pun seperti pelajaran, kenangan, nama orang dan sebagainya.

Waku muda ialah waktu di mana daya ingatan kita sangat kuat dan otak kita mudah menerima informasi. Namun, fungsinya menurun mengikut peningkatan usia kita. Ia adalah perkara semulajadi yang akan berlaku kepada semua manusia. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara mudah dan aktiviti yang membantu anda untuk meningkatkan dan menjaga daya ingatan serta fungsi otak agar memori yang ada pada anda tidak mudah dilupakan.

Mari bersama-sama admin kita ikuti 7 tips tingkatkan daya ingatan dibawah ini.

1. Cukup Tidur 

Perlu diingat, badan anda memerlukan rehat yang mencukupi setelah penat bekerja. Salah satu cara nak berehat ialah dengan cukup tidur. Tidur ini bukan sahaja bagus untuk fizikal anda, malahan amat penting untuk memulihkan fungsi otak dan daya ingatan anda.

2. Ambil Kafein

Walaupun ramai yang memandang buruk pada kafien ini, tetapi tiada siapa pun yang boleh menafikan kesan kafein pada kecerdasan dan daya ingatan. Ini berdasarkan Beberapa kajian yang dijalankan dalam tempoh 5 tahun lepas yang menunjukkan kafein boleh meningkatkan daya ingatan jangka pendek dan melindungi wanita daripada hilang ingatan.

3. Kunyah Chewing Gum

Macam pelik jer kunyah chewing gum boleh kuatkan daya ingatan? Tak pelik pun. Dua kajian yang dilaporkan dalam jurnal Appetite pada tahun 2002 dan 2004 menunjukkan bahawa bahawa orang yang mengunyah gula-gula getah semasa ujian pelajaran memberikan keputusan yang lebih baik.

Ini kerana dengan mengunyah chewing gum dapat meningkatkan kadar jantung dan meningkatkan aliran darah ke otak, seterusnya meningkatkan daya ingatan anda.

4. Bersukan

Bersukanlah dan jangan sesekali tinggalkan aktiviti fizikal ini. Lakukanlah apa sahaja yang anda minati dan mudah bagi anda seperti berlari, berjalan, bermain bola dan sebagainya. Ini kerana fizikal yang sihat menjamin akal dan otak yang sihat, bak kata pepatah arab,

“Akal yang sejahtera datang daripada tubuh yang sejahtera”

5. Kekalkan Mental Yang Aktif Dan Positif

Penyelidik di Stanford University, Amerika Syarikat, mendapati bahawa masalah lemah daya ingatan boleh menurun sebanyak 30-50% hanya dengan melakukan aktiviti latihan mental seperti teka-teki silang kata, bermain catur, membaca akhbar atau buku, belajar bahasa, dan menggunakan laluan alternatif ketika memandu.

6. Pemakanan Yang Seimbang

Diet yang seimbang sihat iaitu kaya dengan nutrien otak seperti Omega 3, vitamin B Complex, dan antioksidan boleh membantu menjaga otak anda dan mengekalkannya dalam keadaan optimum. Kesemua nutrisi ini anda boleh dapatkan dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan daging.

7. Hidu Bau Rumput

Pernah tak anda berbaring dekat padang yang luas sambil menghidu bau rumput? Tenangkan? Ini kerana hasil penyelidikan neuro di Universiti Queensland, Brisbane, mendapati bahawa bau daripada rumput yang segar akan merangsang  dua bahagian otak iaitu amygdala (yang berkaitan dengan emosi) dan hippocampus (yang berkaitan dengan ingatan). Hasilnya, jiwa anda akan teras tenang dan daya ingatan anda juga akan meningkat!

P/s : Kalau 5 tips di atas tak juga berkesan admin sarankan anda banyakkan dengar lagu Sandarkan pada kenangan  nyanyian Jamal Abdillah & Siti Sarah Raisudin.. Hehe

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/