8 Bazar Ramadhan Di Lembah Klang

Bazar Ramadhan
Bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan yang muncul tiap kali bulan puasa bukan saja dinantikan oleh mereka yang bakal menikmati hidangan iftar tetapi juga warga tempatan pelbagai bangsa juga. Dengan pilihan juadah yang ditawarkan membuatkan ramai yang memilih untuk mendapatkan hidangan berbuka mereka di bazar Ramadhan sahaja. Secara tidak langsung ia juga memudahkan mereka yang bekerja dan berpuasa untuk mendapatkan juadah untuk iftar nanti.

Namun harus diingat, tetapkan bajet dan juga hati supaya tidak berbelanja berlebih untuk belian yang tidak perlu dan elak dari berlakunya pembaziran. Jadi  ke bazar mana anda hari ini? Mari ikut admin ronda-ronda di bazar Ramadhan sekitar Lembah Klang untuk anda kunjungi jika ada di kawasan sekitarnya.

1. Bazar Ramadhan Jalan Telawi, Bangsar

Terletak di hadapan Masjid Bangsar. Pengunjung kebiasannya ke sini pasti memilih untuk membeli murtabak di gerai Raja Murtabak’ kerana keistimewaannya yang tiada tandingan. Juadah lain yang terkenal seperti Ikan Bakar Portugis, rojak, nasi dagang, nasi kerabu dan roti jala.

2. Bazar Ramadhan SS18, Subang Jaya

Kawasan ini adalah bazar yang terbesar di Subang Jaya. Yang paling istimewa di sini adalah ayam golek dan kambing golek gril yang mesti cuba. Selain itu kian banyak hidangan istimewa moden yang ditawarkan di sini.

3. Bazar Ramadhan Kelana Jaya

Ianya terletak di seberang Mini Market Giant Jalan SS6/1, Kelana Jaya. Juadah yang terkenal di sini adalah air kelapa dan tebu, nasi goreng dan sotong bakar.

4. Bazar Ramadhan Kampung Baru

Bazar Ramadhan ini antara bazar yang terkenal di kalangan penduduk Kuala Lumpur. Dikatakan menempatkan 150 buah gerai yang menjual pelbagai anek juadah seperti putu bambu dan Roti John.

5. Bazar Ramadhan Taman Tun Dr. Ismail

Ianya terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3. Bazar di TTDI ini sudah sekian lama terkenal dengan pelbagai juadah berbuka istimewa seperti kuih tepung pelita, nasi tomato ayam masak merah dan popiah.

6. Bazar Ramadhan Seksyen 13, Shah Alam

Bazar Ramadhan yang terletak di Stadium Shah Alam ini adalah bazar Ramadhan yang paling besar di Selangor. Ianya terkenal dengan juadah seperti Papa John kambing, ayam golek, nasi khabsa, jus mango ‘oshin’, kebab cucuk dan kambing golek.

7. Bazar Ramadhan Kampung Sungai Penchala

Meskipun bazar Ramadhan Taman Tun Dr.Ismail di sekitar Damansara merupakan antara yang terkenal, namun tidak kurang juga bazar di Kampung Sungai Penchala yang terletak di hadapan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah.

8. Bazar Ramadhan Taman Melawati

Dikatakan di bazar Ramadhan Taman Melawati ini terkenal dengan gerai yang dibuka oleh ramai artis tempatan. Bahkan, ia lebih luas kawasannya untuk keselesaan ramai. Jack Biri-Biri Stew Grill Power adalah antara juadah yang terkenal di sini.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/